KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta berhubung kes seleweng dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta... Klik di sini untuk terus membaca

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta berhubung kes seleweng dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta disambut pelbagai reaksi orang ramai.

Ada yang bertepuk-sorak, tidak kurang juga yang menitiskan air mata hiba mengenangkan nasib menimpa Najib daripada seorang Perdana Menteri kini bergelar banduan di Penjara Kajang.

Timbul juga persoalan bagaimana seorang VIP seperti Najib bakal menjalani rutin hariannya di penjara, bagaimana makan minum beliau nanti?

Dan hari ini merupakan malam kedua beliau di penjara.

Najib mula menjalani hukuman penjara selama 12 tahun sejak Selasa selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya berhubung kes SRC International.


Menurut bekas banduan yang berkongsi pengalaman menerusi Sin Chew Daily, banduan biasanya makan lima kali sehari termasuk sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan makan lewat malam.

Menu tipikal penjara terdiri daripada nasi dan sup selain protein dan sayur yang disediakan dalam pelbagai cara berbeza.

Menerusi laporan dipetik Sin Chew Daily juga menyatakan kerajaan akan memberi bajet berbeza untuk setiap penjara.

Sebagai contoh, Penjara Marang menerima purata RM41 untuk setiap banduan pada tahun 2019.

Untuk 38 penjara di Malaysia, setiap banduan mempunyai purata bajet bulanan sebanyak RM10.

Ini membayangkan kerajaan akan membelanjakan sehingga RM6 juta setiap tahun untuk banduan, jumlah tersebut cukup untuk membina 12 sekolah awam.

Klik di sini untuk terus membaca