AWANG setuju sangat dengan fokus akhbar ini tentang tenaga kerja muda negara kita yang bekerja di luar negara. Memang hal itu berlaku pada semua negara. Lebih-lebih lagi pada era globalisasi sekarang. Dalam era internet ini, seseorang tak... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG setuju sangat dengan fokus akhbar ini tentang tenaga kerja muda negara kita yang bekerja di luar negara.

Memang hal itu berlaku pada semua negara. Lebih-lebih lagi pada era globalisasi sekarang.

Dalam era internet ini, seseorang tak perlu secara fizikal berada di negara lain tapi masih boleh bekerja untuk syarikat negara berkenaan.

Tapi kita sayangkan juga brain drain yang berlaku apabila tenaga kerja profesional kita memilih untuk bekerja di luar negara.

Memang tarikan gaji atau insentif kewangan jadi dorongan tapi tentu ada faktor lain mereka buat begitu.

Negara ini terlalu banyak kerenah birokrasi dan gangguan politik. Mereka rasa lebih selesa bekerja di luar.

Awang sokong juga mereka cari pengalaman di luar. Jika mereka pulang banyaklah ilmu dan pengalaman kelak. Tapi ada yang terus tinggal di luar, bekerja sampai ke akhir hayat. Rugilah negara jadinya.

Kita perlukan tenaga muda dan profesional ini untuk memajukan negara. Kita mahukan fikiran baharu untuk buat perubahan.

Malaysia perlukan idea baharu kata orang. Oleh sebab itu, generasi muda ini harus diberi peluang lebih besar.

Awang harap kerajaan fikirkan juga cara untuk beri latihan pada mereka yang tinggal.

Jangan nanti kita hanya mampu hantar buruh bukan profesional ke negara orang macam yang dibuat oleh negara-negara jiran.

Klik di sini untuk terus membaca