RAMAILAH orang yang salah faham soal pengampunan diraja. Ada beranggapan Yang di-Pertuan Agong boleh memperkenan pengampunan serta-merta. Maknanya hari ini seseorang masuk penjara, esok diampunkan. Memang Tuk Seri Bossku Najib berhak mohon... Klik di sini untuk terus membaca

RAMAILAH orang yang salah faham soal pengampunan diraja.

Ada beranggapan Yang di-Pertuan Agong boleh memperkenan pengampunan serta-merta. Maknanya hari ini seseorang masuk penjara, esok diampunkan.

Memang Tuk Seri Bossku Najib berhak mohon pengampunan. Beliau sudah disabitkan kesalahan oleh kesemua tiga peringkat kehakiman dan oleh sembilan orang hakim.

Maksudnya dah habis ikhtiar jalan perundangan atau kehakiman. Yang tinggal lagi pengampunan.

Ini bukan kali pertama pengampunan dibuat ke atas mereka yang didapati bersalah.

Dalam kes membabitkan mantan Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tuk Harun Idris, Datuk Mokhtar Hashim dan Tuk Seri Anwar Ibrahim, semua dapat pengampunan.

Tapi mereka semua jalani hukuman penjara bertahun-tahun. Mantan Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman sahkan hal itu. Perlu ada tempoh masa untuk minta perkenan pengampunan.

Awang boleh faham sentimen penyokong Bossku. Memang apa yang berlaku kepada beliau satu sejarah bagi negara. Tapi mereka kena terima kenyataan bahawa Bossku telah lalui proses penghakiman yang adil.

Macam kata Tuk Seri Anwar, penyokong Bossku tak usah emosi. Bacalah keputusan hakim pertama, Tuk Mohd Nazlan Ghazali.

Hormatilah proses mahkamah, sebab itu pun yang UMNO canangkan apabila Tuk Seri Anwar didapati bersalah dulu.

Klik di sini untuk terus membaca