SHAH ALAM - Tindakan parti-parti politik termasuk segelintir pengamal undang-undang menggunakan pentas politik bagi mempertikaikan keputusan mahkamah adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang cuba mencabar kewibawaan institusi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Tindakan parti-parti politik termasuk segelintir pengamal undang-undang menggunakan pentas politik bagi mempertikaikan keputusan mahkamah adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang cuba mencabar kewibawaan institusi kehakiman.

Pensyarah Undang-Undang dan Polisi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, berdasarkan kronologi kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berpandangan pasukan pembelaan Ahli Parlimen Pekan itu sebenarnya sudah diberi ruang secukupnya untuk mengemukakan hujah dan bukti-bukti relevan di tiga peringkat mahkamah.

Berikutan itu, Muhammad Fathi berpandangan peguam Najib sepatutnya menggunakan pentas disediakan melalui sistem perundangan negara dengan sebaiknya untuk berhujah dan menyakinkan mahkamah, sekali gus menyakinkan orang ramai, dalam membuktikan anak guam mereka tidak bersalah.

MUHAMMAD FATHI

Berikutan itu, Muhammad Fathi berpandangan peguam Najib sepatutnya menggunakan pentas disediakan melalui sistem perundangan negara dengan sebaiknya untuk berhujah dan meyakinkan mahkamah, sekali gus meyakinkan orang ramai, dalam membuktikan anak guam mereka tidak bersalah.

Pada masa sama, beliau turut hairan mengapa terdapat peguam yang mempertikaikan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan di peringkat akhir rayuan kes Najib, sedangkan masih ada ruang semakan undang-undang atau permohonan pengampunan diraja yang boleh dibuat.

"Saya tidak pasti sama ada peguam Najib menggunakan sepenuhnya mekanisme (pentas mahkamah) untuk membela nasib bekas Perdana Menteri itu atau tidak. Tetapi apa yang pasti pentas pembelaan itu tidak perlu dipanjangkan hingga kepada perhimpunan parti. Itu sikap tidak bertanggungjawab.

"Melalui mekanisme ini, mereka boleh membawa keputusan asal disemak dan dinilai semula berlandaskan asas-asas dibenarkan perundangan. Dalam hal ini, sebenarnya sistem perundangan negara sudah cukup teguh di dalam memberikan hak bagi mereka yang dituduh," ujar Muhammad Fathi kepada Sinar Premium pada Sabtu.

MAHKAMAH LEBIH BEBAS

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa peguam mewakili Najib dalam kes penyelewengan dana SRC International Bhd bernilai RM42 juta, apabila mereka menggunakan pentas politik dan media sosial bagi mempertikaikan keputusan mahkamah di tiga peringkat termasuk Mahkamah Persekutuan.

Dalam program Taklimat Khas Presiden UMNO yang diadakan di bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Sabtu, peguam mewakili kes Najib di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa beliau memiliki sebanyak 40 asas pembuktian merit yang dianggap mencukupi bagi membolehkan Najib dibebaskan daripada sabitan hukuman bersalah dihadapi beliau.

Taklimat khas adalah solidariti kepada Najib yang kini menjalani sabitan hukuman di Penjara Kajang.

Peguam Najib di peringkat Mahkamah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim pula secara terbuka 'menyerang' institusi kehakiman negara apabila menyeru ahli-ahli UMNO menjadikan kemenangan parti itu pada PRU15 sebagai platform mengembalikan kegemilangan institusi berkenaan.

Taklimat khas kali ini adalah solidariti kepada Najib yang kini menjalani sabitan hukuman di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes SRC International Bhd.

Sementara itu, Dr Muhammad Fathi turut menyakini situasi mahkamah hari ini lebih bebas berbanding situasi mahkamah sekitar tahun 70an hingga 90an.

Lebih membanggakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri secara berani menyatakan komitmen tidak mahu mencampuri sebarang keputusan dibuat institusi mahkamah.

Paling penting, beliau mengajak semua pihak termasuk parti-parti politik supaya menghormati prinsip larangan menghina mahkamah kerana ia sangat penting bagi menjamin kewibawaan institusi kehakiman di peringkat paling tinggi.

"Tindakan mempertikaikan keputusan memang termasuk dalam kesalahan menghina mahkamah, ini kerana mahkamah adalah satu institusi yang diberi kepercayaan untuk memberikan keadilan kepada rakyat.

"Kalau semua orang bebas untuk mempertikaikan keputusan mahkamah, maka mahkamah akan hilang kewibawaan untuk membawa keadilan kepada negara,

"Kesannya negara tidak akan ada tempat rujukan undang-undang yang bebas dan berintegriti hanya disebabkan perbbuatan mempertikaikan mahkamah tidak dibendung," tegas Muhammad Fathi lagi.

Klik di sini untuk terus membaca