SHAH ALAM- Penyakit demensia atau nyanyuk di Malaysia dilaporkan semakin meningkat, dengan nisbah 1 daripada 10 warga emas mempunyai penyakit berkenaan buat masa ini. Berdasarkan laporan pertubuhan Penyakit Alzheimer Antarabangsa (ADI),... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM- Penyakit demensia atau nyanyuk di Malaysia dilaporkan semakin meningkat, dengan nisbah 1 daripada 10 warga emas mempunyai penyakit berkenaan buat masa ini.

Berdasarkan laporan pertubuhan Penyakit Alzheimer Antarabangsa (ADI), terdapat 123,000 penghidap demensia di negara ini pada 2015 dan bertambah kepada 142,000 orang pada tahun 2019.

Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), Profesor Ir Dr Siti Anom Ahmad berkata, jumlah itu dijangka meningkat kepada 500,000 orang pada 2050, dengan peningkatan sebanyak 249 peratus.

"Penyakit nyanyuk ini akan membuatkan penghidapnya hilang fungsi kognitif iaitu berfikir, mengingat dan mempertimbangkan sesuatu, sehingga ke tahap yang mengganggu kehidupan dan aktiviti harian seseorang.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kelaziman nyanyuk dalam kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas adalah lima hingga lapan peratus. Namun di Malaysia, kadar kelaziman adalah 8.5 peratus, iaitu tinggi daripada kelaziman yang menunjukkan penyakit ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak,” katanya kepada Sinar Harian.

Gambar hiasan.

Jelas Dr Siti Anom, mengikut laporan Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2018, kelaziman penyakit demensia dalam kalangan warga emas berumur 60 tahun ke atas adalah 8.5 peratus, bermakna seorang daripada 10 warga emas mempunyai penyakit demensia.

Berdasarkan kajian itu, warga emas kawasan bandar mempunyai kelaziman yang lebih rendah berbanding di luar bandar manakala wanita didapati lebih ramai menghidap penyakit tersebut.

"Kita lihat, kelaziman penyakit nyanyuk ini lebih rendah dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin manakala berdasarkan taraf pendidikan, kadar kelaziman lebih tinggi untuk mereka yang tidak mempunyai pendidikan formal.

"Warga emas berpendapatan rendah pula dilaporkan mempunyai kadar kelaziman yang lebih tinggi untuk menghidap nyanyuk,” jelasnya.

Mengulas mengenai penyakit demensia dalam kalangan golongan muda, beliau berkata, keadaan itu boleh berlaku tetapi jarang dan luar biasa.

Klik di sini untuk terus membaca