SHAH ALAM - Penganalisis mengkritik tindakan pemimpin UMNO menjadikan pentas politik untuk menghina mahkamah berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pensyarah Kanan, Pusat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penganalisis mengkritik tindakan pemimpin UMNO menjadikan pentas politik untuk menghina mahkamah berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pensyarah Kanan, Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali berkata, perhimpunan Taklimat Khas Presiden UMNO banyak membangkitkan tentang ketidakadilan terhadap Najib dalam kes tersebut.

"Keputusan yang telah dibuat mahkamah tidak boleh dipertikaikan kerana ia dianggap menghina mahkamah.

Taklimat Khas Presiden UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu lebih berkisar ketidakadilan dalam kes Najib dan sokongan parti terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mazlan berkata, UMNO sepatutnya bergerak ke hadapan dengan membincangkan hala tuju parti terutama membantu rakyat yang dalam proses pemulihan akibat pandemik Covid-19.

Tegas beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewajarnya menggunakan platform program tersebut untuk menekankan bahawa UMNO adalah parti yang berjuang dan melindungi rakyat khususnya buat orang Melayu.

Ujarnya, pertemuan tersebut juga harus digunakan bagi memberi harapan yang tinggi kepada rakyat untuk kembali memilih UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Sayangnya, perjumpaan itu lebih tertumpu pada agenda peribadi individu tertentu.

"Kalau dimainkan sentimen emosi libatkan orang yang sudah kena penjara, ia tak beri faedah kepada rakyat pun,” jelas Mazlan.

Najib kini meringkuk di Penjara Kajang selama 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Selasa lalu menolak rayuan akhirnya berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Klik di sini untuk terus membaca