HARI ini kita rayakan Hari Kemerdekaan yang ke-65. Alhamdulillah, kalau usia manusia, Malaysia sudah berada dalam kategori "warga emas”. Namun demikian kita jangan lupa, di negara ini warga emas hanya peratusan yang kecil. Kebanyakan... Klik di sini untuk terus membaca

HARI ini kita rayakan Hari Kemerdekaan yang ke-65. Alhamdulillah, kalau usia manusia, Malaysia sudah berada dalam kategori "warga emas”.

Namun demikian kita jangan lupa, di negara ini warga emas hanya peratusan yang kecil. Kebanyakan rakyat kita terdiri daripada golongan muda.

Orang muda ada harapan dan permintaan mereka sendiri. Orang lama banyak yang tak faham aspirasi generasi X, Y atau Z. Mereka tak boleh paksakan nilai lama mereka pada generasi baharu. Generasi baharu ini hidup dengan internet dan media sosial.

Mereka juga perhatikan kelakuan orang lama, khususnya mereka yang berada di tampuk pemerintahan. Mereka menilai pemimpin dengan ukuran yang lain.

Mereka ada nilai yang tak sama dengan ibu bapa mereka. Sudah tentulah mereka akan kesal jikalau pimpinan politik kita bertelagah tak habis-habis.

Mereka tak suka orang lama tidak hormat undang-undang. Mereka mahu kebebasan untuk diri mereka. Juga peluang untuk mereka mencari rezeki dengan baik.

Pada pendapat Awang merekalah yang akan menentukan nasib dan masa depan negara kita.

Mereka patut diberi peluang untuk menjadi pemimpin. Biarlah mereka membuat keputusan apa yang terbaik untuk diri dan masa depan mereka.

Pada pendapat Awang, PRU15 akan ditentukan oleh golongan ini. Oleh sebab itu Awang cadangkan semua parti politik fahami kemahuan dan harapan golongan ini.

Selamat Hari Lahir Malaysiaku!

Klik di sini untuk terus membaca