BANYAKLAH orang bertanya apakah perlu diadakan Majlis Taklimat Presiden UMNO pada 27 Ogos baru lalu. Apakah tujuannya untuk beri penjelasan mengapa Bossku mantan Perdana Menteri masuk penjara? Atau untuk tunjuk solidariti pada Bossku?
Ada juga yang kata bukan soal Bossku tapi demi beberapa orang yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah sekarang, termasuk Presiden UMNO. Khabarnya apa yang terjadi pada Bossku jadi mimpi ngeri kepada beberapa pemimpin UMNO yang bakal tahu nasib mereka.
Bagi Awang tak ada salahnya nak bagi penjelasan kepada ahli parti. Bossku adalah mantan PM dan mantan Presiden. Macam orang lain yang tertuduh dia dibawa ke mahkamah.
Bukan satu peringkat penghakiman, tapi tiga. Bukan seorang hakim tapi sembilan. Tapi penjelasan jangan sampai berbau hasutan dan menghina mahkamah.
Memang betullah pandangan sesetengah orang, nampaknya UMNO tak dapat terima keputusan mahkamah. Jangan lupa Bossku dijatuhkan hukuman pada waktu kerajaan yang memerintah dipimpin oleh UMNO.
Ada yang kata, kalau UMNO ambil sikap bergerak ke hadapan mungkin hormat orang pada parti itu lebih tinggi. Buang yang keruh, cari yang jernih.
Tapi sebahagian pemimpin UMNO nampaknya terkepung oleh pandangan demi seorang atau beberapa orang pemimpin, nama parti yang mula harum rosak semula pun tak apa.
Sayang sangatlah oleh sebab keyakinan rakyat pada UMNO mula kembali.
Klik di sini untuk terus membaca