SHAH ALAM - Rakyat Malaysia seharusnya menghayati dan seterusnya berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara bagi memastikan keharmonian antara kaum, bangsa dan agama dapat dikekalkan. Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia seharusnya menghayati dan seterusnya berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara bagi memastikan keharmonian antara kaum, bangsa dan agama dapat dikekalkan.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masyarakat pada hari ini hanya mengetahui kweujudan prinsip berkenaan, namun tidak menghayati erti sebenar di sebalik lima perkara yang termaktub didalamnya.

"Saya banyak fokus kepada isu negara kerana ia merupakan satu perkara fundamental atau asas apabila nak wujudkan satu negara yang (masyarakat) bersatu padu, harmoni, progresif dan semua rakyat menikmati apa yang sepatutnya, (maka) rukun inilah yang perlu disemat dalam diri,” katanya pada program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Dalam pada itu, Lam Thye yang juga Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat berpandangan, sudah tiba masanya Malaysia beralih ke landskap baharu politik yang lebih berintegriti dengan pemimpinnya berjiwa rakyat.

Katanya, rakyat ketika ini sudah muak dengan situasi semasa politik tanah air yang lebih tertumpu kepada kepentingan peribadi ahli politik berbanding membela nasib rakyat.

"Saya harap kita boleh melahirkan satu landskap politik yang baharu (kerana) selama ini jika nak cakap hal itu, saya rasa ramai rakyat sudah muak kerana pemimpin politik hari ini (mahu) jadi parti pemerintah, kuasa, kekayaan, keselesan untuk diri sendiri.

"Apabila saya cakap mengenai landskap politik, ia adalah memastikan kita dapat lahirkan satu generasi ahli politik masa akan datang yang betul-betul berjiwa rakyat.

"Mereka adalah golongan orang politik yang berintegriti tanpa rasuah (atau) salah guna kuasa dan apa sahaja akan dilakukan demi negara dan kepentingan rakyat,” tegasnya.

Klik di sini untuk terus membaca