SHAH ALAM – Kenyataan dibuat Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa Perdana Menteri seharusnya melantik Peguam Negara dalam kalangan ‘orang dia’ adalah suatu yang bahaya. Penganalisis politik, Profesor Wong... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM – Kenyataan dibuat Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa Perdana Menteri seharusnya melantik Peguam Negara dalam kalangan ‘orang dia’ adalah suatu yang bahaya.

Penganalisis politik, Profesor Wong Chin Huat turut mengambil contoh jika Peguam Negara adalah dalam kalangan orang Perdana Menteri dan tindakan seluruh anggota UMNO yang mahu membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kalau ada seorang Peguam Negara daripada kalangan ‘orang dia’ dan seluruh UMNO ingin membebaskan Datuk Seri Najib, apa yang berlaku?

"Datuk Seri Najib ada empat lagi kes yang belum selesai. Jadi, Peguam Negara boleh gugurkan empat kes itu. Dalam keadaan itu, Datuk Seri Najib boleh bergerak bebas sebaik sahaja dia mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian dalam Program Sinar Live bertajuk ‘Pengasingan Kuasa vs Orang Dia’ yang dikendalikan oleh Hazwan Mokhtar dan disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian.

Pada majlis Taklimat Khas Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini, Azalina dilaporkan berkata, Perdana Menteri seharusnya melantik Peguam Negara dalam kalangan ‘orang dia’ bagi memudahkan segala urusan.

Kenyataan dibuat Azalina itu seterusnya mendapat kritikan pelbagai pihak antaranya Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil yang menegaskan ia akan menimbulkan polemik tidak sihat.

Chin Huat dalam pada itu turut berpandangan sekiranya Peguam Negara atau pendakwaraya tetap dengan pendakwaan terhadap empat kes berkenaan, bekas Perdana Menteri itu tidak akan memohon pengampunan diraja pada masa ini.

Jelasnya, ini disebabkan Najib masih mempunyai empat lagi kes mahkamah dan rakyat tidak boleh menerima jika Ahli Parlimen Pekan itu memohon pengampunan diraja sebanyak empat kali.

Klik di sini untuk terus membaca