AWANG sebetulnya rasa sedih juga apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi pada hari Khamis baru lalu.
Datin Seri Rosmah Mansor, mantan Wanita Pertama (First Lady) didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.
Tak cukup dengan itu, dikenakan pula denda RM970 juta. Itu merupakan jumlah denda terbesar pernah dikenakan oleh mahkamah ke atas mana-mana individu di negara ini.
Mahkamah mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion membabitkan 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak.
Hal ini berlaku belum pun dua minggu suaminya Tuk Seri Najib Razak dibawa ke penjara disebabkan lima hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Keputusan bertulis 116 muka penghakiman Hakim Mohamed Zaini Mazlan dedahkan banyak perkara yang selama ini menjadi gosip dan khabar angin dalam kalangan rakyat.
Misalnya soal Rosmah mendominasi suaminya dan campur tangan dalam urusan kerajaan.
Awang percaya peguam Rosmah akan membuat rayuan kes itu. Kata pihak pendakwaan hukuman itu adalah mesej jelas bagi mereka yang terbabit dengan rasuah dan salah guna kuasa.
Sebenarnya masih ada lagi ruang untuk Rosmah membela diri hingga ke Mahkamah Persekutuan. Awang yakin proses undang-undang akan berjalan dan dilaksanakan dengan seadil-adilnya.
Klik di sini untuk terus membaca