BANYAK orang yang sangat terperanjat mendengar ucapan Tuk Seri Azalina Othman Said di Majlis Taklimat Presiden minggu lepas. Banyak yang menyangka beliau akan jadi suara kewarasan dalam majlis yang penuh emosi itu.
Sebagai peguam, mantan menteri dan mantan penasihat undang-undang Perdana Mentari tentulah beliau tahu selok-belok perundangan dan kehakiman.
Paling memeranjatkan adalah tegurannya pada Tuk Seri PM mengapa tak lantik Peguam Negara (AG) "orang kita.”
Kata beliau patutnya PM lantik AG "orang dia.” Kuasa melantik AG di tangan PM, kata Azalina.
Awang yakin bukan orang luar UMNO sahaja yang rasa pelik, malah orang UMNO sendiri. Tindakan Azalina yang dianggap menyindir serta menyalahkan PM itu tak disetujui oleh banyak pemimpin UMNO sendiri.
Misalnya Ketua UMNO Bahagian Bakri, Johor, Tuk Mohd Fuad Tukiran anggap ucapan itu beri gambaran yang salah terhadap parti itu kepada masyarakat. Ia jejaskan juga integriti PM sendiri.
Selama ini orang anggap Azalina adalah wajah "perubahan” atau reformis dalam UMNO. Beliaulah yang patutnya menjadi jurupandu hala tuju UMNO yang baharu. Tapi mengambil sikap seperti yang diambil oleh Azalina tentulah sangat mengecewakan.
Klik di sini untuk terus membaca