SHAH ALAM - Kerajaan perlu mempercepatkan proses pelantikan Duta Besar Malaysia ke Indonesia bagi menyelesaikan pelbagai isu tertangguh susulan kekosongan jawatan berkenaan, sejak lebih setahun lalu. Tokoh akademik Malaysia yang bertugas di... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mempercepatkan proses pelantikan Duta Besar Malaysia ke Indonesia bagi menyelesaikan pelbagai isu tertangguh susulan kekosongan jawatan berkenaan, sejak lebih setahun lalu.

Tokoh akademik Malaysia yang bertugas di Indonesia, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, tindakan itu perlu berikutan kelewatan pelantikan Duta Besar berkenaan menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara termasuklah soal pelaburan, kerjasama perniagaan, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, keselamatan rentas sempadan dan banyak lagi.

Justeru, bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu, menegaskan rakyat Malaysia di Indonesia kini ibarat anak yang kehilangan bapa dan tiada tempat untuk mengadu masalah.

Malah, Mohammad Agus berkata, pihak berkuasa Indonesia melahirkan rasa pelik kerana Malaysia belum melantik Duta Besar ke republik berkenaan biarpun sudah lebih setahun ia kosong.

"Apa masalah sebenar dihadapi Wisma Putra dan kerajaan Malaysia mahu melantik Duta Besar sampai ambil masa bertahun-tahun kalau cuma tiga bulan saya masih boleh terima. Republik Indonesia adalah rakan strategik kita ASEAN kenapa sampai sekarang kerajaan Malaysia belum melantik sesiapa menjadi Duta Besar?

"Saya tidak kisah Perdana Menteri dan Wisma Putra mahu melantik sesiapa sahaja sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia sama ada ahli politik, tokoh akademik, pesara kerajaaan mahu Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sekali pun, janji mesti dibuat secepat mungkin dan memenuhi kriteria ditetapkan.

"Pertama beliau mestilah mempunyai latar pendidikan sesuai yang boleh menjulang nama negara; kedua, memahami bidang tugasnya; ketiga mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang Indonesia; memahami aspirasi negara kita.

"Beliau juga mestilah mempunyai peribadi yang tidak sombong dan peka kepada warga yang memerlukan khidmat kedutaan; mempunyai keupayaan untuk mempromosikan negara, melindungi kepentingan warga kita, dan lain sebagainya, dan mampu menyelesaikan konflik bilateral antara dua negara," katanya kepada wartawan Sinar Premium.

Mohammad Agus berkata, kelewatan melantikkan Duta Besar ke Indonesia bukan hanya menjejaskan imej Malaysia dalam kalangan negara serantau, malah merugikan negara dari banyak aspek.

"Sudah satu tahun lima bulan jawatan duta kita tidak diisi. Ini seolah-olah kerajaan menganggap hubungan diplomatik tidak penting. Bagi saya, tidak mempunyai duta di negara sepenting Indonesia untuk tempoh yang begitu lama adalah ‘kelemahan’ yang sepatutnya tidak berlaku.

"Susah sangatkah mencari calon yang sesuai? Saya fikir, kita mempunyai ramai pemimpin atau pegawai yang layak dan memenuhi kriteria sebagai seorang duta. Lantiklah secepatnya!" katanya.

Sebelum in, media melaporkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia namun sehingga kini beliau belum menggangkat sumpah menyimpan rahsia dan taat setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong sekali gus menimbulkan 1,001 persoalan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Tajuddin
Klik di sini untuk terus membaca