SHAH ALAM - Pembeli perlu mempunyai sejumlah wang tunai untuk digunakan sebagai modal permulaan untuk membeli rumah lelong. Menceritakan pengalaman, salah seorang pembeli, Hidayat Ul Hazazi Ab Wahab, 31, berkata, dia mengeluarkan modal awal... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pembeli perlu mempunyai sejumlah wang tunai untuk digunakan sebagai modal permulaan untuk membeli rumah lelong.

Menceritakan pengalaman, salah seorang pembeli, Hidayat Ul Hazazi Ab Wahab, 31, berkata, dia mengeluarkan modal awal hampir separuh daripada harga rumah lelong yang berjaya dibida di Puchong.

Jurutera perisian dari Johor Bahru itu berkata, kos berkenaan termasuk deposit sebanyak 10 peratus, bayaran peguam dan yuran penyelenggaraan.

"Untuk rumah lelong berharga RM120,000 yang saya beli, bank hanya beri pinjaman sebanyak 75 peratus iaitu kira-kira RM85,000. Selebihnya lebih kurang RM36,000 saya kena sediakan untuk bayaran deposit bagi membida rumah itu.

"Kos penyelenggaraan hampir RM10,000. Bayaran guaman juga jumlah yang sama dan ejen pula dalam RM3,000. Jadi jumlah saya habiskan ialah sekitar RM56,000,” katanya kepada Sinar Ahad.

Ujar Hidayat, harga rumah untuk lelongan pertama lazimnya ditawarkan 20 peratus lebih rendah daripada semasa, manakala kadar itu akan diturunkan lagi untuk lelongan seterusnya jika belum berjaya dijual.

Hidayat bagaimanapun menyarankan kepada anak muda yang baru berhasrat untuk membeli rumah lelong supaya menggunakan ejen bagi memudahkan proses pembelian.

"Tapi bila sudah libatkan isu seperti kes pemilik tidak beri kerjasama atau dokumen daripada pemaju asal tidak diberikan, jadi memang agak menyulitkan untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak membeli rumah lelong ini,” katanya.

PELABURAN BERBALOI

Sementara itu, Muhammad Aliff Abdul Hamid, 29, yang mempunyai sebanyak enam rumah lelong berkata, pembelian aset tersebut merupakan satu bentuk pelaburan hartanah yang sangat berbaloi.

Dia yang bekerja sebagai pembantu pengurus unit takaful di Ayer Keroh, Melaka berkata, harga rumah lelong yang sudah dibelinya boleh meningkat sekali ganda.

"Contohnya, harga lelong sebuah rumah yang saya beli pada tahun 2015 ialah RM62,000, tapi harga pasaran rumah tersebut kini ialah RM140,000.

"Kalau saya jual RM120,000 pun, saya untung RM50,000,” ujarnya yang membeli rumah lelong pertama ketika berusia 22 tahun semasa bekerja sambilan sebagai perunding hartanah.

Klik di sini untuk terus membaca