SHAH ALAM - Pendirian Pas yang mahu menjadi king maker (penentu kerajaan) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilihat munasabah kerana pengundi Melayu khususnya Islam adalah penentu keputusan pilihan raya tersebut. Penganalisis Sosio... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pendirian Pas yang mahu menjadi king maker (penentu kerajaan) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilihat munasabah kerana pengundi Melayu khususnya Islam adalah penentu keputusan pilihan raya tersebut.

Penganalisis Sosio Politik, Datuk M Periasamy berpandangan, memandangkan Pas mampu mempertahankan beberapa negeri ketika PRU15 malah semakin mendapat sokongan daripada orang Melayu, maka tidak mustahil parti itu mampu menyatupadukan orang Melayu demi kepentingan Melayu dan Islam.

"Undi Melayu juga dijangka pecah dengan pertembungan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan (PH). Jadi, sokongan Pas dijangka menjadi kekuatan kepada parti yang banyak mengharapkan undi Melayu dalam mencapai kemenangan (pada PRU15),” katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendirian Pas yang mahu menjadi king maker pada PRU15 sebagai pendekatan berbahaya ekoran mampu mengundang amalan ugut-mengugut dalam pembentukan kerajaan kelak.

Sementara itu, Periasamy berkata, amalan sebuah parti untuk berkongsi, berpakat atau bekerjasama dengan parti lain dalam menjamin kemenangan merupakan amalan biasa dalam sistem kerajaan demokrasi.

"Kerjasama antara parti merupakan amalan baik dan sihat dalam usaha menjamin kestabilan politik, namun yang perlu dielakkan adalah perpecahan dalam kalangan orang Melayu selaku kaum terbesar dalam negara.

"Perpecahan dalam komuniti terbesar akan menggugat kestabilan politik dan keamanan, malah tidak sihat untuk negara,” ujar beliau.

Periasamy
Klik di sini untuk terus membaca