AWANG tak terperanjat Tuk Seri Mohamed Hassan minta Khairy Jamaluddin (KJ) kosongkan tempatnya untuk beliau bertanding di situ. Tuk Mad ketua bahagian. Tentulah KJ terpaksa akur.
Mungkin juga Tuk Mad sedar sekarang kalaulah dia bertanding kerusi Parlimen dalam PRU14 mungkin dia yang jadi PM, bukan Tuk Seri Ismail Sabri. Tuk Mad adalah Timbalan Presiden UMNO.
Awang bukanlah nak bodek KJ. Tapi Awang rasa sayang jikalau KJ tidak bertanding di Rembau. Dia dah tiga penggal di situ. Dia pun salah seorang menteri yang berprestasi baik.
Teringatlah Awang kisah Tan Sri Lee Lam Thye pada tahun 1990. Masa itu pimpinan DAP mahu dia bertanding di tempat lain dan bukan di Parlimen Kuala Lumpur Bandar yang dipegangnya empat penggal. Lam Thye enggan, akibatnya dia tidak bertanding tahun itu.
KJ juga tentu tidak ada tempat lain selain Rembau. Ke mana KJ nak pergi selain Rembau?
Macam dia kata, dia tak mahu masuk kawasan orang lain. Tak macam parti lain, dalam UMNO tak mudah sesiapa nak masuk gelanggang orang lain.
Orang Pas boleh ke mana sahaja, macam Mat Sabu dulu yang tercampak ke Kelantan tetapi tetap menang. Orang Pas sokong parti, bukan individu. Tapi UMNO banyak warlords di semua bahagian.
Mana boleh masuk sembarangan ke kawasan orang lain. Tak mungkin menang KJ di tempat lain!
Klik di sini untuk terus membaca