AWANG yang tak reti sangat hal undang-undang ini nak bertanya, apakah hukuman ke atas pemberi rasuah?
Memanglah selama ini dikatakan bahawa kesalahan memberi rasuah sama beratnya dengan yang menerima rasuah. Awang diberitahu begitulah halnya seperti yang termaktub di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
Tapi dalam beberapa kes berprofil tinggi yang sedang berjalan sekarang nampaknya yang didakwa di mahkamah dan didapati bersalah adalah penerima.
Apa sudah jadi pada pemberi rasuah? Khabarnya mereka jadi saksi pihak pendakwa. Apakah itu alasannya mereka tidak didakwa? Apakah mereka jadi ‘kebal’ oleh sebab itu? Dan lepas bebas begitu sahaja?
Pada pendapat Awang yang nak memberi inilah yang lebih jahat niatnya. Orang yang nak menerima terdorong berbuat demikian kerana tawaran lumayan mereka.
Memang Awang tak nafikan ada yang meminta rasuah. Tak beri pun mereka akan minta. Awang pun faham ada akta whistleblower di negara kita. Tapi janganlah itu dijadikan alasan untuk melepaskan dengan mudah mereka yang memberi rasuah.
Kes rasuah di negara kita tidak akan selesai sekiranya akarnya tidak ditarik keluar. Akar itu adalah mereka yang mahu memberi. Hukumlah mereka juga.
Klik di sini untuk terus membaca