SHAH ALAM - Orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan wang di dalam bank atau institusi kewangan yang dapat memberikan pulangan berbanding menanggung risiko yang tinggi apabila bermain kutu selain ia turut menyalahi undang-undang. Pakar... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan wang di dalam bank atau institusi kewangan yang dapat memberikan pulangan berbanding menanggung risiko yang tinggi apabila bermain kutu selain ia turut menyalahi undang-undang.

Pakar kewangan pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, apabila orang ramai menyimpan wang di dalam bank atau institusi kewangan, duit yang disimpan itu adalah selamat kerana ia dilindungi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

"Kenapa kita harus mendedahkan diri kepada risiko sedangkan kita banyak instrumen simpanan dan pelaburan yang pelbagai,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Jelasnya, selain daripada menyimpan wang di bank, orang ramai juga boleh menyimpan dan melabur wang mereka di dalam unit amanah, emas, Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan koperasi.

"Sekurang-kurangnya pelanggan mendapat sedikit pulangan daripada pelaburan berbanding bermain kutu yang tidak dapat apa-apa,” ujarnya.

Beliau berkata, bermain kutu berisiko tinggi kerana ia tidak mempunyai perjanjian bertulis dan sekiranya berlaku apa-apa kejadian, individu berkenaan sukar untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Contohnya kalau apa-apa berlaku itu kita nak dakwa siapa? Kita tidak ada perjanjian bertulis. Kita hanya berdasarkan kepada kepercayaan.

"Nak buat laporan polis boleh buat tetapi agak susah. Ada atau tidak transaksi ditambah kalau orang itu meminta (bermain kutu) secara tunai.

"Kecualilah kalau hantar atau buat pindahan (wang) secara dalam talian yang ada rekod-rekod. Tetapi kebanyakan orang main kutu berdasarkan kepada kepercayaan,” katanya.

Mohamad Fazli turut menyeru agar individu yang mahu bermain kutu untuk mengelakkan daripada mengambil risiko.

Simpan wang dalam bank, main kutu berisiko tinggi

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan wang di dalam bank atau institusi kewangan yang dapat memberikan pulangan berbanding menanggung risiko yang tinggi apabila bermain kutu selain ia turut menyalahi undang-undang.

Pakar kewangan pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, apabila orang ramai menyimpan wang di dalam bank atau institusi kewangan, duit yang disimpan itu adalah selamat kerana ia dilindungi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

"Kenapa kita harus mendedahkan diri kepada risiko sedangkan kita banyak instrumen simpanan dan pelaburan yang pelbagai,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Jelasnya, selain daripada menyimpan wang di bank, orang ramai juga boleh menyimpan dan melabur wang mereka di dalam unit amanah, emas, Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan koperasi.

"Sekurang-kurangnya pelanggan mendapat sedikit pulangan daripada pelaburan berbanding bermain kutu yang tidak dapat apa-apa,” ujarnya.

Beliau berkata, bermain kutu berisiko tinggi kerana ia tidak mempunyai perjanjian bertulis dan sekiranya berlaku apa-apa kejadian, individu berkenaan sukar untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Contohnya kalau apa-apa berlaku itu kita nak dakwa siapa? Kita tidak ada perjanjian bertulis. Kita hanya berdasarkan kepada kepercayaan.

"Nak buat laporan polis boleh buat tetapi agak susah. Ada atau tidak transaksi ditambah kalau orang itu meminta (bermain kutu) secara tunai.

"Kecualilah kalau hantar atau buat pindahan (wang) secara dalam talian yang ada rekod-rekod. Tetapi kebanyakan orang main kutu berdasarkan kepada kepercayaan,” katanya.

Mohamad Fazli turut menyeru agar individu yang mahu bermain kutu untuk mengelakkan daripada mengambil risiko.

Klik di sini untuk terus membaca