PUTRAJAYA - Peratusan kanak-kanak yang tinggal dalam keluarga isi rumah miskin di negara ini dianggarkan meningkat hampir 20 peratus selepas pandemik Covid-19, dengan satu daripada lima berada di bawah paras kemiskinan. Situasi itu... Klik di sini untuk terus membaca

PUTRAJAYA - Peratusan kanak-kanak yang tinggal dalam keluarga isi rumah miskin di negara ini dianggarkan meningkat hampir 20 peratus selepas pandemik Covid-19, dengan satu daripada lima berada di bawah paras kemiskinan.

Situasi itu disebabkan pendapatan ibu bapa mereka terjejas akibat pandemik, malah lebih tinggi berbanding peratusan kenaikan kadar kemiskinan isi rumah nasional sebanyak 2.8 peratus, iaitu dari 5.6 peratus kepada 8.4 peratus.

Pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, pandemik Covid-19 memberi impak besar kepada semua peringkat umur dan tidak terkecuali kanak-kanak apabila semakin kurang menerima beberapa keperluan penting.

"Isu kemiskinan kanak-kanak di negara ini perlu dilihat daripada pelbagai dimensi, bukan hanya dari segi pendapatan ibu bapa mereka tetapi juga kesihatan dan pendidikan. Ini sudah lama berlaku sebelum pandemik Covid-19, namun penularan wabak menyebabkan rakyat lebih membuka mata berhubung isu ini.

"Kos makanan sihat bukannya murah. Covid-19 menyebabkan pendapatan ibu bapa berkurang, maka perbelanjaan makanan yang lebih berkhasiat untuk kanak-kanak juga menurun,” kata bekas penasihat ekonomi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program bual bicara bertajuk ARBAtalk: Kemiskinan Kanak-Kanak di Malaysia anjuran ARBA Foundation yang berlangsung di Putrajaya di sini.

Ujar Muhammed, dari segi pendidikan, wujud jurang ketara antara golongan miskin dan berpendapatan tinggi ketika pelaksanaan pembelajaran secara digital semasa pandemik Covid-19 melanda.

"Mereka yang tiada peralatan digital menyukarkan kaedah pembelajaran dalam talian. Akhirnya kanak-kanak hilang minat untuk belajar.

"Faktor kesihatan dan pendidikan ini memberi tekanan kepada kepada generasi akan datang terutama ketika negara dalam proses penuaan.

"Kita memerlukan tenaga buruh yang produktif. Jika kanak-kanak sekarang ramai yang tidak sihat dan kurang pendidikan yang baik, produktiviti mereka akan berkurangan dan pendapatan tidak di tahap optimum.

Muhammed

"Ini memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara,” ujarnya.

120 JENIS BANTUAN, TETAPI TIDAK RAMAI TAHU

Dalam pada itu, kerajaan perlu memperluaskan liputan pemberian bantuan untuk kanak-kanak bagi memastikan golongan itu mendapat keperluan kesihatan, pemakanan dan pendidikan secukupnya.

Dr Muhammed berkata, ketika ini terdapat hampir 120 jenis bantuan untuk kanak-kanak yang disalurkan kerajaan Persekutuan dan negeri, selain pusat zakat.

Menurutnya, bagi Bantuan Kanak-Kanak (BKK) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dianggarkan hanya seorang daripada 100 kanak-kanak yang menerima inisiatif tersebut.

"Dalam kalangan kanak-kanak keluarga B40, hanya lapan peratus yang mendapat bantuan JKM ini.

"Program bantuan sudah ada tetapi liputannya amat rendah sekali. Ini harus diperluaskan supaya semua kanak-kanak dapat menikmati peruntukan disediakan secara sama rata,” katanya ketika berucap pada program bual bicara bertajuk ARBAtalk: Kemiskinan Kanak-Kanak di Malaysia yang

Klik di sini untuk terus membaca