AWANG geli hati baca berita tentang lejar syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikenal sebagai 'buku 555'.
Bagi generasi baharu mungkin tak tahu apa itu buku 555. Buku itu, ukurannya kecil digunakan oleh peraih dan pekedai kecil di kampung untuk buat kira-kira beli, bayar atau hutang.
Orang kampung yang bawa getah, padi atau tanaman kampung untuk dijual pada peraih atau pekedai tadi akan ditulis berapa nilainya dalam buku. Mereka akan beli pula barang runcit. Semuanya ditulis dalam buku itu.
Dalam kes UKSB ini, tauke syarikat nampaknya ada lejar yang fungsinya sama dengan buku 555. Tapi dalam lejar berkenaan tertulis nama mereka yang khabarnya dapat habuan dari syarikat berkenaan.
Maka banyaklah nama besar dalam politik tanah air yang dapat habuan. Tapi tak guna nama betul. Ada yang dicatat sebagai Prof, OKC, S Pat, Monster, Young Boy dan macam-macam lagi.
Macam juga kepala mafia di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1950-an yang simpan lejar siapa yang mereka bayar. Selalunya orang besar politik dan pihak berkuasa termasuk polis.
Tapi SPRM jangan lupa pula nama-nama mereka yang dapat habuan daripada Jho Low dan yang terbabit dengan skandal kapal tempur pesisir (LCS). Lagi hebat buku 555 mereka agaknya!
Klik di sini untuk terus membaca