KITA ucapkan takziah pada keluarga Di Raja Baginda Queen Elizabeth II yang mangkat dua hari lepas. Usia baginda 96 tahun. Beliau berada di takhta selama 70 tahun bermula pada tahun 1952.
Memang luar biasa Queen Elizabeth II ini. Beliau tentulah menyaksikan pelbagai perubahan yang berlaku di dunia selama hayat dan semasa pemerintahannya. Bayangkanlah Britain dan dunia pada tahun 1952 berbanding sekarang.
Sampai ke akhir hayat Baginda Queen nampaknya tetap sihat dan cerdas. Acara rasmi baginda yang terakhir adalah menabalkan Perdana Menteri Britain yang baru, Liz Truss pada hari Selasa. Liz ialah PM Britain ke-15 yang mendapat restu daripada beliau.
Awang rasa kagum dengan orang seperti ini. Tun mantan Perdana Menteri kita juga sudah berumur 97 tahun. Tapi tak ada tanda-tanda untuk mengundurkan diri. Beliau yang dua kali jadi PM buat parti baharu selepas Bersatu. Beliau juga masih lantang bersuara.
Awang juga kagum dengan seorang rakyat Sabah yang berjaya mendaki Gunung Kinabalu pada usia 90 tahun pada 5 September lalu. Menurut beritanya Buatin Blandong sentiasa aktif di luar dengan berbasikal, berjalan atau berlari.
Oleh sebab teknologi perubatan moden umur manusia semakin panjang masa ini. Tapi umur panjang yang tidak sihat tentulah susahkan diri dan orang lain.
Kita kena belajar daripada Baginda Queen, Tun Mahathir dan Buatin Blandong bagaimana untuk kekal sihat dan cerdas otak sehingga berumur lebih 90 tahun.
Klik di sini untuk terus membaca