SHAH ALAM - Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) berharap agar kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap daripada harga semasa RM2.50 sekilogram kepada RM3.50. Ketua Biro Penerangan Pusat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) berharap agar kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap daripada harga semasa RM2.50 sekilogram kepada RM3.50.

Ketua Biro Penerangan Pusat PKPKM, Amran Jaafar berkata, kenaikan harga berkenaan dapat meningkatkan pendapatan pekebun sekitar 20 hingga 30 peratus.

Katanya, peningkatan harga yang bersifat berterusan itu berbeza dengan dengan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang hanya diterima setahun sekali.

"Persatuan lebih memilih harga lantai (getah sekerap) dinaikkan kerana ia adalah kenaikan yang berterusan, maknanya setiap bulan boleh tuntut.

"Cuma sekarang kita tidak tahu berapa yang nak dinaikkan. Sebelum ini kita cadang RM3.50, namun ia juga bergantung kepada kewangan kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian.Pada Ahad, Kementerian Pembangunan Luar Bandar memaklumkan sedang merangka dua cadangan untuk diusulkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi manfaat pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, syor tersebut adalah sama ada menaikkan harga lantai getah sekerap daripada harga semasa RM2.50 sekilogram atau melanjutkan tempoh Bantuan Musim Tengkujuh daripada tiga bulan kepada enam bulan.

Menurut Amran, insentif pengeluaran getah (IPG) boleh dijadikan sebagai alat untuk merangsang peningkatan produktiviti pekebun kecil seluruh negara.

Beliau dalam masa sama turut menyarankan kerajaan agar getah yang diimport dikenakan cukai dan dilesenkan sebagai usaha menambah dana bagi sektor berkenaan.

"Kerajaan perlu fikir bagaimana nak dapatkan dana getah, salah satunya kami syorkan supaya getah-getah yang diimport juga dikenakan cukai dan dilesenkan.

"Sekurang-kurangnya pendapatan tersebut boleh digunakan untuk membayar semula kepada pekebun kecil sebagai insentif,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca