Awang sebetulnya tidaklah terperanjat sangat dengan tindakan baginda Sultan Selangor yang menarik balik darjah kebesaran negeri daripada Bossku Tuk Seri Najib dan isterinya. Awang percaya ada kebijaksanaan di sebalik tindakan itu.
Bagaimanapun Awang angkat tabik hormat pada baginda yang pertahankan kebebasan kehakiman. Titah baginda, semua pihak harus berganding bahu dengan langkah-langkah ke arah mempertahankan kebebasan kehakiman.
Titah baginda lagi, badan kehakiman merupakan benteng terakhir yang perlu dipertahankan bagi memastikan pentadbiran keadilan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Begitu panjang lebar pandangan baginda yang disiarkan dalam Facebook Selangor Royal Office.
Baginda juga bangkitkan soal pengampunan yang mana baginda setuju dengan Yang di-Pertuan Agong bahawa pengampunan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
Awang harap mereka yang terus nak berkempen pertahankan Bossku dan buat jelajah penerangan, fikirlah dua kali. Kita tak boleh ada dua set undang-undang, satu untuk kita, satu untuk orang-orang tertentu.
Yang didapati bersalah oleh mahkamah patut terima hukuman. Ini termasuklah pencuri tin sardin di pasar raya, petai di kebun orang serta mereka yang terbabit rasuah kecil dan besar.
Soalnya bukan nak pertahankan seorang atau berdua tetapi mempertahankan nama baik dan integriti mahkamah dan keluhuran undang-undang.
Klik di sini untuk terus membaca