Seingat Awang ada satu gerakan yang dinamakan Better Malaysia Assembly (BMA) atau Perhimpunan Malaysia Yang Lebih Baik. Jikalau Awang tak silap terdapat 54 orang tokoh-tokoh hebat negara yang tandatangan surat kepada Yang di-Pertuan Agong... Klik di sini untuk terus membaca

Seingat Awang ada satu gerakan yang dinamakan Better Malaysia Assembly (BMA) atau Perhimpunan Malaysia Yang Lebih Baik.

Jikalau Awang tak silap terdapat 54 orang tokoh-tokoh hebat negara yang tandatangan surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk minta restu penubuhannya.

BMA khabarnya platform bebas untuk buat pembaharuan di luar dari kerangka badan pembuat dasar sedia ada seperti Dewan Rakyat.

Menurut pengasasnya Tan Sri Nazir Razak, BMA bertujuan untuk reset tatakerja pentadbiran negara. Menurut beliau nampaknya cara sekarang kurang berkesan oleh sebab ahli-ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat harus tunduk pada keputusan parti yang mereka wakili.

Mereka tidak dapat mainkan peranan berkesan sebagai penimbangtara disebabkan mereka orang parti.

Walaupun mereka tidak setuju dengan sesuatu akta yang dicadangkan, mereka tidak boleh menolaknya.

Bagus sangat cadangan itu. Awang sokong seratus peratus. Daripada apa yang Awang baca BMA nak cadangkan reformasi isu-isu institusi, termasuk pilihan raya, pembiayaan politik, hubungan persekutuan-negeri, pendidikan dan lain-lain.

Tentulah soal kebebasan kehakiman salah satu perkara yang diutamakan.

Awang dapat banyak komen bertanya apakah pandangan BMA dalam soal serangan ke atas sistem kehakiman akhir-akhir ini. Apakah hal itu tak masuk dalam agenda badan yang hebat ini?

Awang macam rakyat lain juga, nak tahu hala tuju BMA yang sebenar.

Klik di sini untuk terus membaca