SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) akan memberikan sokongan kepada pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 7 Oktober depan sekiranya memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan. Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) akan memberikan sokongan kepada pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 7 Oktober depan sekiranya memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, pembentangan itu juga perlu bersifat adil dan tidak boleh memihak kepada golongan tertentu atau pihak UMNO sahaja.

"Jika Bajet 2023 merangkumi dasar-dasar seperti yang PH cadangkan dalam memorandum, kita pasti akan sokong.

"Kita bukan bantah saja-saja, kita bantah kerana ada perkara yang kita tidak setuju disebabkan ia tidak mempunyai dasar yang membantu Malaysia. Kalau macam itu, tidak sokonglah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar edisi ke-365 yang bertajuk "Bajet 2023: Tawaran untuk PRU15" yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis, Penganalisis Dasar Politik Ekonomi dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib dan Pakar Ekonomi, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram manakala Ismail Adnan selaku moderator.

Jelas Tony, wakil daripada PH telah pun berjumpa dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk membentangkan fokus yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam Bajet 2023.

"Antaranya adalah cara untuk mengurangkan kos hidup rakyat, meningkatkan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya mereka dapat berdaya saing serta membangunkan ekonomi.

"Selain itu, kita juga berharap pembentangan kali ini akan menumpukan pada sektor yang boleh memberi pulangan dalam tempoh masa yang cepat iaitu industri pelancongan.

"Kalau kita tumpukan pada kilang, ia akan mengambil masa untuk dibina, cari pekerja dan pelabur tetapi bagi sektor pelancongan, kalau hari ini kita dapat tarik sejuta orang, mereka datang esok, terus ekonomi kita akan melonjak.

"Selain menambah baik ekonomi, ia juga dapat menarik masuk mata wang asing dan menguatkan ringgit yang kini semakin lemah,” ujar beliau.

Klik di sini untuk terus membaca