SHAH ALAM - Syarikat produk kecantikan tempatan, Noir Health & Beauty Sdn Bhd menyasarkan untuk melahirkan seramai 100,000 usahawan wanita dalam tempoh dua tahun akan datang. Pengasasnya, Eriyca Baiduri Abd Rashid berkata, pelbagai kempen... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Syarikat produk kecantikan tempatan, Noir Health & Beauty Sdn Bhd menyasarkan untuk melahirkan seramai 100,000 usahawan wanita dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengasasnya, Eriyca Baiduri Abd Rashid berkata, pelbagai kempen berorientasikan perniagaan akan dilaksanakan sebagai usaha mencapai target tersebut.

Wanita berusia 32 tahun yang lebih mesra disapa Madammu mengakui, masih ramai wanita di luar sana belum mengenali produk Noir Health & Beauty Sdn Bhd yang mula dipasarkan sejak 2017 itu.

Eriyca Baiduri

"Ketika ini kita ada lebih daripada 30,000 usahawan yang aktif dan kita nak capai lagi 70,000 untuk bersama dengan Noir.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bersama Johan Jaaffar dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Eriyca menambah, seramai 70 peratus wanita bernaung di bawah syarikatnya terdiri daripada golongan suri rumah.

Bagaimanapun katanya, status sebagai suri rumah tidak menghalang mereka untuk bergiat secara aktif menjual produk Noir bagi membantu meringankan beban kewangan dipikul suami.

"Suri rumah sebelum ini hanya menunggu pendapatan daripada suami, hari ini mampu menjana sebanyak RM10,000 sebulan dengan hanya bermodalkan RM50 sahaja,” ujar beliau.

Dari kiri: Johan, Eriyca Baiduri dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Mengulas mengenai kebebasan kewangan untuk wanita, beliau berpandangan, banyak rumah tangga ketika ini yang musnah disebabkan masalah ekonomi.

Jelasnya, kebebasan kewangan merupakan salah satu aspek penting dalam mengecap kehidupan lebih sejahtera.

"Bukan saya kata duit adalah segala-galanya, tetapi hari ini semuanya memerlukan duit.

"Ramai lagi wanita di luar sana tidak nampak banyak peluang terbuka dengan modal yang sangat rendah untuk mereka bebas daripada masalah kewangan, cuma perlu rebut dan ambil,” kata Eriyca.

Klik di sini untuk terus membaca