SHAH ALAM - Air dari sungai paling tercemar di Malaysia iaitu Sungai Rambai berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2020 masih dikira halal. Ketua Makmal Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART), Universiti Islam... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Air dari sungai paling tercemar di Malaysia iaitu Sungai Rambai berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2020 masih dikira halal.

Ketua Makmal Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Muhamad Shirwan Abdullah Sani berkata, biarpun air sungai paling tercemar itu boleh menjadi halal, ia tidak menepati konsep ‘toyyiban’ atau ‘halalan toyibban’ secara menyeluruh.

"Dari segi kandungan yang melebihi had berdasarkan akta dan peraturan alam sekitar, air tersebut mungkin boleh menjadi halal selepas berlakunya proses pencairan disebabkan air sungai yang mengalir dan hujan menyebabkan pencemaran air sungai semakin berkurangan.

Muhamad Shirwan Abdullah Sani

"Namun, ia mungkin tidak akan menepati elemen toyyiban kerana kandungan bahan pencemar dan bakteria berbahaya terdapat dalam air sungai tersebut yang boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada penduduk setempat sekiranya mereka menggunakan air itu,” katanya kepada Sinar Premium.

Muhamad Shirwan menegaskan, di dalam kes-kes berkaitan dengan alam sekitar, elemen toyyibban perlu dititikberatkan dan akan terpakai terutamanya apabila ingin menggunakan air yang telah tercemar.

INHART bukan sahaja menjalankan aktiviti berkaitan dengan kajian dan menghasilkan produk-produk baharu berkaitan produk yang tidak mengandungi halal atau mengandungi alkohol semata tetapi juga fokus kepada elemen Toyibban yang bermaksud selamat, bernutrisi dan baik untuk digunakan.

"Elemen toyibban bermaksud selamat dan baik untuk digunakan. Apabila air sungai mengandungi bahan pencemar yang melebihi had yang ditetapkan oleh akta, ia akan menyebabkan elemen toyyiban itu gagal dipenuhi.

"Ini kerana ia tidak menunjukkan tahap air sungai yang selamat digunakan dan akan memberi kesan kepada kesihatan kepada pengguna kelak,” katanya.

Muhamad Shirwan sedang menunjukkan cara-cara menggunakan sabun sertu dengan betul.
Klik di sini untuk terus membaca