AWANG puji sangatlah langkah kerajaan beri pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sampai 100 peratus pada mereka daripada golongan M40.
Selama ini jumlah pinjamannya hanyalah 75 peratus.
Dengan cara itu tentulah tambah ringan beban pelajar yang meminjam. Tidaklah terkejar-kejar nak cari tambahan pada pinjaman 75 peratus
itu.
Awang cuma nak ingatkan bahawa PTPTN bukan tabung ayam zaman dulu-dulu. Tabung ini untuk pelajar. Kelangsungannya bergantung pada pulangan balik pinjaman.
Awang pernah baca di mana-mana setakat ini sudah lebih RM40 bilion pinjaman yang diberikan oleh PTPTN sejak penubuhannya pada tahun 1997.
Jumlah itu sama besarnya dengan hutang 1MDB. Bezanya PTPTN keluarkan duit untuk manfaat rakyat.
Tapi PTPTN perlu sokongan peminjamnya. Orang yang meminjam kena bayar balik. Kalau tak bayar macam mana duit itu nak dipusingkan untuk diberikan pada yang lain. Kita semua tahu ratusan ribu peminjam yang liat membayar.
Awang juga diberitahu bahawa daripada setiap ringgit yang dipinjamkan hanya 61 sen yang kembali kepada PTPTN.
Tak macam sistem bank tradisional, bagi RM1 dipinjamkan dapat RM3. Itu belum lagi mereka yang dapat kelas pertama tak perlu bayar.
Nampaknya jumlah mereka yang dapat kelas pertama meningkat setiap tahun.
Awang harap PTPTN dapat terus bertahan sebab ada yang takut model sekarang tak dapat bertahan.
Klik di sini untuk terus membaca