SHAH ALAM - Sokongan yang diterima daripada rakan sejenis menjadi antara punca golongan lesbian, gay, biseksual dan trasngender (LGBT) kini lebih terbuka dan berani memaparkan gaya hidup songsang mereka di media sosial. Pakar Psikologi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Sokongan yang diterima daripada rakan sejenis menjadi antara punca golongan lesbian, gay, biseksual dan trasngender (LGBT) kini lebih terbuka dan berani memaparkan gaya hidup songsang mereka di media sosial.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, individu LGBT masing-masing mempunyai sejarah sendiri bagaimana mereka boleh terjebak dalam dunia tersebut tidak terkecuali yang pada asalnya normal, namun menjadi mangsa dalam aspek tingkah laku sehingga menyebabkan mereka turut terperangkap dalam keinginan sama.

Menurutnya, mereka juga adakalanya terdiri daripada yang mempunyai masalah kemurungan disebabkan kisah silam mereka itu dan mempunyai masalah untuk bersosial.

"Orang macam ni ada yang tertekan sebab kisah silam, jadi ada yang tak ramai kawan. Mungkin kawan sejenis (di media sosial) yang banyak beri perhatian kepada dia. Membuatkan dia suka untuk bersikap terbuka di media sosial.

"Apabila mereka berkawan dengan kelompok ini semua saling menyokong, dia akan jadi tak kisah dan tidak malu untuk tunjuk gaya hidup songsang.

"Daripada segi persekitaran juga kita boleh lihat banyak di media sosial yang secara terang-terangan menunjukkan perkahwinan antara gay menjadikan ia sebagai satu promosi kepada kumpulan ini untuk membuat tingkah laku itu secara terang-terangan,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai bahana seks songsang kepada golongan muda sehingga semakin ramai yang terjebak dengan penyakit HIV.

Mengulas lanjut, Fauziah berkata, individu terlibat dengan homoseksual perlu mempunyai keinginan yang tinggi untuk berubah jika mahu keluar daripada kegiatan songsang mereka.

"Mereka bercampur dengan komuniti yang menerima gay. Kerana itu mereka secara terang-terang mengamalkannya,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca