SHAH ALAM - Sebanyak 77 peratus golongan muda dari kumpulan umur 20 hingga 39 tahun di negara ini didapati positif HIV tahun lalu berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengarah Eksekutif Majlis AIDS... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Sebanyak 77 peratus golongan muda dari kumpulan umur 20 hingga 39 tahun di negara ini didapati positif HIV tahun lalu berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarah Eksekutif Majlis AIDS Malaysia (MAC), Parimelazhagan Ellan berkata, golongan itu datang daripada pelbagai latar belakang dan pekerjaan.

"Bagaimanapun kita tidak boleh buat perbandingan jumlah golongan muda yang positif HIV ini semakin meningkat atau tidak dengan sebelum ini kerana tumpuan saringan yang berbeza.

"Beberapa tahun kebelakangan ini kajian diperluaskan kepada golongan muda yang berisiko mendapat jangkitan daripada transmisi seksual berbanding sebelumnya kepada pengguna dadah secara suntikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kebanyakan pesakit yang dijangkiti HIV disebabkan amalan seks songsang (gay) adalah dalam kalangan pelajar IPT.

Perkara itu didedahkan oleh Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong yang menyifatkan ia sebagai perkara yang amat membimbangkan kerana melibatkan golongan muda.

Parimelazhagan menegaskan, penularan HIV dalam kalangan golongan muda itu boleh memberi impak yang buruk kerana kumpulan itu merupakan aset modal insan negara.

Justeru, menurutnya, selaras dengan Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Mengakhiri HIV/AIDS (2016 - 2030), MAC melakukan usaha bersama KKM untuk mengurangkan jangkitan HIV khususnya melibatkan transmisi seksual.

"Pencegahan jangkitan HIV yang dibuat seperti pemberian kondom, mengedarkan bahan-bahan pendidikan selain MAC sendiri mempunyai team digital yang selalu mengadakan program dengan golongan muda.

"Pada Januari lalu juga, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah melancarkan pekerja kesihatan komuniti yang diakreditasi KKM untuk membuat ujian saringan komuniti di lapangan. Bila buat ujian saringan di lapangan kita boleh mengurangkan stigma dan diskriminasi.

"Apabila mereka positif, kita boleh bawa mereka ke klinik untuk buat ujian seterusnya dan boleh mulakan rawatan,” ujarnya.

Pada masa sama, Parimelazhagan memberitahu, MAC juga telah melancarkan program jom test iaitu ujian saringan secara kendiri.

Jelasnya, menerusi inisiatif tersebut, kit ujian saringan dihantar kepada masyarakat yang membolehkan mereka membuat ujian di rumah dan sekiranya positif, mereka boleh terus ke klinik kesihatan atau boleh terus menghubungi pekerja kesihatan komuniti sebelum merujuk klinik.

Klik di sini untuk terus membaca