PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia sejak lebih dua tahun lalu sememangnya memberi kesan yang cukup besar kepada banyak pihak termasuklah sektor perkhidmatan bas ekspres. Disebabkan terlalu lama 'tersadai'... Klik di sini untuk terus membaca

PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia sejak lebih dua tahun lalu sememangnya memberi kesan yang cukup besar kepada banyak pihak termasuklah sektor perkhidmatan bas ekspres.

Disebabkan terlalu lama 'tersadai' ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai pengusaha industri itu yang berdepan dilema terutamanya dalam menampung kos perkhidmatan sehingga ada yang terpaksa mengurangkan jumlah trip.

Keadaan ini berlaku disebabkan rata-rata pengusaha bas tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan lebih banyak pelaburan bagi merancakkan operasi mereka.

Bagi menyingkap permasalahan membabitkan pengangkutan bas ekspres, Sinar Harian mendapatkan pandangan pelbagai pihak berkaitan mengenai harapan dan hala tuju pengangkutan awam yang masih lagi menjadi pilihan ramai itu supaya ia terus bertahan.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.

PENGUSAHA BAS TIDAK MEMPUNYAI KEYAKINAN

Kekerapan jadual perjalanan bagi perkhidmatan bas ekspres seluruh negara dikhuatiri akan terus terjejas berikutan dilema yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha bas ekspres meskipun negara kini ke arah pemulihan ekonomi dan fasa endemik.

Situasi yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha itu didakwa tidak jauh berubah berbanding ketika negara melalui fasa sukar penularan Covid-19 sehingga masih memberi kesan kepada perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada pelanggan.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, ketika ini para pengusaha bas ekspres tidak mempunyai keyakinan untuk membuat pelaburan lebih banyak bagi merancakkan operasi mereka menyebabkan jadual perjalanan perkhidmatan bas ekspres menjadi terhad.

Menurutnya, ini kerana kos-kos operasi yang terpaksa ditanggung amat tinggi berbanding potensi pulangan yang boleh diperolehi atas faktor kadar tambang bas ekspres tidak dinaikkan sejak 2008.

"Ketika ini, jika ada banyak trip (jadual perjalanan) pun tak guna. Kita juga berdepan masalah kekurangan pemandu bas sejak sekian lama. Kita dah minta kerajaan bagi kursus percuma kepada sesiapa nak dapatkan lesen memandu kelas E tapi tiada perkembangan.

"Bagi operasi bas ekspres, kita hanya boleh dapat paling tinggi 38 hingga 40 penumpang jika bas penuh. Itu jualan maksimum yang boleh kutip.

"Sedangkan kos operasi makin meningkat, tapi pendapatan mereka tetap sama dengan pendapatan sejak tahun 2008 disebabkan kadar harga tiket masih sama,” katanya.

Tambah beliau, disebabkan itu, pengusaha bas ekspres menanggung kerugian sehingga terpaksa mengurangkan jadual perjalanan selain beberapa lagi langkah penjimatan lain termasuk tidak lagi menggunakan pekerja menjual tiket.

Klik di sini untuk terus membaca