AWANG terkejut juga baca cerita letusan gunung berapi lumpur yang berlaku di Taman Hidupan Liar, Tabin, Lahad Datu, Sabah pada Ahad lalu. Bagaimanapun, menurut seorang pakar geologi Sabah, hal itu biasa jadi tak perlu dirisaukan. Awang... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG terkejut juga baca cerita letusan gunung berapi lumpur yang berlaku di Taman Hidupan Liar, Tabin, Lahad Datu, Sabah pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, menurut seorang pakar geologi Sabah, hal itu biasa jadi tak perlu dirisaukan.

Awang pernah terbaca berita tentang peristiwa yang berlaku di dua buah desa di Jawa Timur, Desa Renokenongo dan Desa Jatirejo di Kabupaten Sodoarjo di Jawa Timur pada tahun 2006.

Mulanya berlaku semburan lumpur panas seperti di Tabin itu. Semburan tersebut tidak henti-henti rupanya.

Sampai ke hari ini, lumpur panas masih keluar dari bumi walaupun sudah 16 tahun.

Adalah dianggarkan 100,000 meter kubik lumpur panas keluar dari bumi setiap hari di situ. Seramai 24,000 penduduk kehilangan rumah, tanah serta sumber pendapatan.

Khabarnya ada syarikat yang buat eksplorasi gas di situ. Akibat kegiatan mengorek, maka lumpur panas meletus keluar.

Banjir lumpur itu menyebabkan tenggelam beberapa buah kampung lain juga di sekitarnya. Kejadian luar biasa tentulah memeranjatkan rakyat Indonesia.

Awang percaya apa yang berlaku di Tabin itu adalah fenomena sementara. Tapi kita kena selalu beringat. Siapa sangka Gunung Kinabalu kena gegaran gempa yang dahsyat pada tahun 2015, menyebabkan 18 kematian.

Kita tidak boleh ambil mudah keadaan iklim negara kita.

Klik di sini untuk terus membaca