SUDAH begitu terdesakkah BN dan UMNO mahukan PRU segera, sampaikan Pengerusi BN dan Presiden UMNO kata, "sanggup meredah banjir dan hujan lebat sekiranya PRU15 diadakan hujung tahun ini.”
Bukan main bersemangat nampaknya Tuk Seri Zahid.
Maka, banyaklah pihak yang bertanya apakah muslihat beliau begitu beria-ia mahukan PRU diadakan, sampai sanggup susahkan pengundi yang terpaksa mengharung banjir atau menderita hujan lebat untuk keluar mengundi.
Awang tidak hairan jika pembangkang akan guna kenyataan itu untuk buktikan ada pemimpin yang terdesak dalam UMNO.
Memang Awang akui gendang perang makin lantang dipalu tandanya pilihan raya semakin hampir tapi janganlah susahkan rakyat yang nak tunaikan tanggungjawab.
Jangan anggap pembangkang tidak bersedia. Pada pendapat Awang, pihak pembangkang tak perlu buat banyak persiapan kali ini. Semua dah terisi atas dulang.
Kes skandal pemimpin UMNO pun dah cukup untuk mereka jaja sana sini. Keadaan ekonomi yang kurang baik pun masalah besar. Masalah harga barang yang melambung pun tak selesai lagi.
Mungkin Tuk Seri Zahid nampak peluang BN menang besar-besaran. Jangan sampai kata orang tua-tua, mendengar guruh di langit, air dalam tempayan habis dibuang.
Klik di sini untuk terus membaca