SHAH ALAM - Kaedah penerangan lebih santai dan penggunaan bahasa yang tidak formal antara faktor utama mendorong kepada peningkatan sambutan terhadap perkongsian media sosial milik doktor aktivis, Dr Malar atau nama sebenarnya Dr Malar Santhi Santherasegapan.
Ujar Dr Malar, perkongsiannya itu tidak terlalu menekankan penggunaan istilah atau bahasa yang rumit meskipun membincangkan mengenai topik-topik melibatkan perubatan dan kesihatan.
"Saya kira kebanyakan agensi rasmi atau media rasmi menggunakan bahasa yang sangat teknikal, bahasa baku atau bahasa yang kita tidak dekat (dengan masyarakat).
"Saya bercakap seperti saya cakap dengan mak ayah dan keluarga saya. Jadi saya rasa di situ pengikut dan juga rakyat Malaysia rasa dekat rasa macam bercakap dengan jiran,” katanya ketika dalam program Bersama Johan Jaaffar yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Rabu.
Ulas Dr Malar, pendekatan digunakannya itu lebih berkesan dan memudahkan orang ramai untuk lebih memahami mesej yang disampaikan.
Tambahnya, platform media sosial itu amat membantu beliau dari segi memberi kebebasan untuk berkongsi pandangan serta idea tanpa campur tangan dari mana-mana pihak.
"Saluran rasmi (media) mereka terikat prosedur operasi standard (SOP), bos dan penampilan korporat yang perlu mereka mainkan.
"Sebab itu saya bergerak sebagai individu, saya tidak diwakili oleh mana-mana organisasi. Saya sendiri sahaja,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca