KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pelaburan tempatan mengakui terpedaya dengan janji manis syarikat hartanah diterajui individu bergelar Datuk Seri apabila bersetuju melabur sebanyak RM2.3 juta menerusi dua transaksi pemindahan wang secara... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pelaburan tempatan mengakui terpedaya dengan janji manis syarikat hartanah diterajui individu bergelar Datuk Seri apabila bersetuju melabur sebanyak RM2.3 juta menerusi dua transaksi pemindahan wang secara dalam talian.

Wakil syarikat pelaburan, Muhammad Izzul Islam Zamsari berkata, dia yang mewakili pihak syarikat diarahkan bertemu dengan Datuk Seri itu bagi membuat perbincangan pelaburan pada hujung Mac lalu.

Katanya, pihak syarikat diminta membuat pemindahan wang sebanyak RM2.3 juta sebagai pembayaran komitmen untuk tujuan pelaburan yang dianggarkan memberi pulangan sekitar RM1 bilion.

Menurutnya, satu dokumen perjanjiian ditandatangani dan dimeterai dengan pengesahan duti setem telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, sekali gus membolehkan keuntungan dan tempoh matang dana pelaburan tersebut dapat diperoleh dalam tempoh tujuh hingga 14 hari waktu bekerja.

"Pihak syarikat diminta untuk membuat pembayaran komitmen sebanyak RM2.3 juta dan ia telah dilunaskan menerusi dua pemindahan pembayaran iaitu sebanyak RM2 juta pada pemindahan pertama dan baki seterusnya pada pemindahan wang kali kedua.

"Namun setelah beberapa bulan, bukan sahaja duit keuntungan pelaburan gagal diperoleh malah bayaran komitmen gagal dipulangkan semula dengan memberikan pelbagai alasan tidak munasabah. Pihak syarikat telah membuat dua laporan polis selepas dua minggu dari tarikh pertemuan pertama," katanya dalam satu sidang akhbar.

Hadir sama, Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat; ikon usahawan dan aktivis yang mengangkat kes penipuan rumah tanpa deposit, Mona Din serta peguambela dan peguamcara, Mahmud Abdul Jumaat.

Mengulas lanjut, Muhammad Izzul berkata, kali terakhir beliau bersama seorang lagi wakil syarikat bertemu dengan Datuk Seri tersebut adalah dua minggu lalu bagi membincangkan proses pembayaran balik duit syarikat berjumlah RM2.3 juta.

Pada pertemuan tersebut menurutnya, syarikat hartanah itu menyatakan akan membuat pemindahan wang berjumlah RM1.23 bilion pada hari berkenaan sebagai pulangan pelaburan.

Namun begitu katanya, semua janji tersebut adalah palsu dan sehingga hari ini masih belum ada sebarang pembayaran dilakukan dan memberikan pelbagai alasan tidak logik kerana masih gagal memindahkan wang yang dijanjikan.

Klik di sini untuk terus membaca