SHAH ALAM - Pas dilihat mahu 'merujuk semula' dengan UMNO tetapi tetap ingin bersama Perikatan Nasional (PN) kerana sedar bahawa kekuatan dimiliki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah lemah. Felo Kanan Majlis Profesor... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pas dilihat mahu 'merujuk semula' dengan UMNO tetapi tetap ingin bersama Perikatan Nasional (PN) kerana sedar bahawa kekuatan dimiliki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah lemah.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, pada awalnya Pas bergabung bersama Bersatu di bawah PN kerana percaya parti itu semakin kuat susulan penghijrahan pemimpin utama UMNO dan PKR menyertai Bersatu.

Selain itu, katanya, pada ketika itu juga Bersatu mengetuai Putrajaya apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun Jeneri berkata, beberapa bulan kemudian perubahan landskap politik negara terutamanya dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pas mula menyedari Bersatu mengalami kemerosotan prestasi serta sokongan menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Pas mula sedar bahawa sebenarnya jentera PN terutama Bersatu amat lemah kerana tidak mempunyai penyokong setia yang ramai seperti UMNO. PN banyak bergantung kepada jentera parti Islam itu untuk menang kerusi dalam PRN Melaka dan Johor lalu.

DR JENIRI

"Bagaimanapun, bagi saya sudah terlalu lewat untuk Pas 'rujuk semula' dengan UMNO selepas pemimpin tertinggi kedua-dua parti berperang mulut dan saling menyerang semasa kempen PRN Melaka dan Johor baru-baru ini," katanya kepada Sinar Premium baru-baru ini.

Jeniri berkata demikian ketika mengulas kemungkinan Pas dan UMNO kembali bekerjasama semula menerusi gagasan MN bagi mengelak mereka kalah teruk kepada PH dalam PRU15 nanti.

Sebelum ini Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, Pas menjelaskan musuh parti itu dalam PRU15 adalah Pakatan Harapan (PH), bukannya UMNO.

Kata Takiyuddin, atas dasar itulah Pas terus mempelawa supaya kerjasama antara parti itu dan UMNO diteruskan dalam menghadapi PRU15 bagi memastikan sebuah kerajaan stabil dapat dibentuk jika mereka berjaya menang pilihan raya.

"Pas kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta'awun sekali gus tidak bersetuju sama sekali dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh dalam PRU15 nanti," katanya.

Tambah Jeniri, bagaimanapaun tindakan Pas mahu bekerjasama dengan UMNO menerusi gagasan Muafakat Nasional (MN) tetapi kekal bersama PN, menunjukkan parti itu kini sedang menghadapi krisis identiti walaupun menyatakan ia demi perpaduan ummah.

Bagaimanapun sebelum ini, pada 2 September lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak akan membentuk pakatan dengan Pas untuk menghadapi PRU-15 kerana parti Islam itu telah menyimpang daripada gagasan MN yang mereka tandatangani pada 2019.

Klik di sini untuk terus membaca