SHAH ALAM - Kerajaan dicadang tidak membentangkan usul belanjawan penuh pada 7 Oktober ini sebaliknya sekadar membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) perbelanjaan keperluan atau dilebih dikenali 'vote on account' sekiranya bertekad... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kerajaan dicadang tidak membentangkan usul belanjawan penuh pada 7 Oktober ini sebaliknya sekadar membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) perbelanjaan keperluan atau dilebih dikenali 'vote on account' sekiranya bertekad untuk memohon pembubaran Parlimen selepas pembentangan usul belanjawan diluluskan.

Pensyarah Undang-Undang dan Polisi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, cadangan itu merupakan satu daripada dua pilihan yang boleh diaplikasi kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya beliau berpandangan keperluan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun ini tidak dapat dielakkan lagi.

Jelas beliau, satu lagi pilihan lain adalah kerajaan membentangkan usul belanjawan dan melewatkan pelaksanaan PRU15 supaya belanjawan dibentangkan itu dapat dilaksanakan kerajaan yang mengemukakan bagi sekurang-kurangnya tempoh empat atau lima bulan.

Tambahnya lagi, di sebalik dua pilihan pelaksanaan itu, beliau secara peribadi masih berpandangan sebarang cadangan pembubaran Parlimen pada bulan Oktober ini selepas usul Bajet 2023 dibentang dan diluluskan bukan satu tindakan wajar.

"Apabila saya mencadangkan tidak perlu bentang belanjawan penuh tetapi bentang RUU perbelanjaan keperluan di bawah Perkara 102 (a) Perlembagaan Persekutuan, ia merujuk kepada keperluan meluluskan sekurang-kurangnya perbelanjaan suku pertama meliputi tempoh Januari hingga April 2023.

"Bakinya iaitu Mei-Disember 2023 boleh dibentangkan dalam bentuk usul Bajet 2023 oleh kerajaan baharu yang menang selepas PRU15.

"Dalam istilah perlembagaan, kelulusan perbelanjaan sementara sebegini disebut sebagai 'vote on account', di mana ia penting dalam memastikan peruntukan pembayaran penting seperti gaji penjawat awam dan perbelanjawan operasi kritikal kerajaan tidak terjejas," katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Muhammad Fathi

Beliau berkata demikian di tengah-tengah spekulasi kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri sedang mempertimbangkan permohonan pembubaran Parlimen selepas usul Bajet 2023 yang dijadual bakal dibentangkan beliau sendiri pada 7 Oktober ini diluluskan Parlimen.

Sementara itu, Muhammad Fathi turut mengingatkan kerajaan bahawa Bajet 2023 adalah komitmen kerajaan memerintah dengan siapa yang menentukan belanjawan, kerajaan itu yang sepatutnya bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

"Kita tidak mahu Belanjawan Negara sekadar gula-gula pilihan raya dan janji manis oleh pemerintah yang belum tentu mentadbir negara selepas pilihan raya umum nanti.

"Kita mahukan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab dan berintegriti," jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca