TUK Seri Zahid Hamidi lepas bebas daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB). Begitulah keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Sudah tentulah penyokong... Klik di sini untuk terus membaca

TUK Seri Zahid Hamidi lepas bebas daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Begitulah keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sudah tentulah penyokong beliau bersorak riang. Yang lain tentu tercengang-cengang dan marah.

Begitulah adatnya dalam sebarang kes mahkamah. Apabila memihak pada orang yang kita sokong, maka kita kata mahkamah adil. Apabila tak memihak pada kita, mahkamah dikatakan berat sebelah.

Apabila Tuk Seri Bossku Najib dijatuhi hukuman penjara, maka riuh rendahlah orang UMNO kata mahkamah tak adil. Bergema di Dewan Merdeka tuntutan agar Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara diganti dengan ‘orang kita’.

Dalam kes Zahid, tentulah mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan gagal buktikan kes prima facie ke atas beliau.

Tentulah penyokong Zahid tak kata mahkamah tak adil macam mereka tuduh mahkamah apabila Bossku masuk penjara.

Pada pendapat Awang kita kena hormat keputusan mahkamah, walaupun tak menyebelahi kita atau tidak memuaskan hati kita.

Apa yang penting kita pertahankan sistem kehakiman.

Semua orang ada hak di mahkamah. Pihak pendakwaan juga boleh merayu macam juga orang yang didapati bersalah. Itulah namanya keadilan.

Klik di sini untuk terus membaca