AWANG menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Nazrin yang amat jelas, keras dan pedas semasa melancarkan buku Profesor Tan Sri Mohd Kamal Hassan dua hari lepas. Memang kita tahu baginda amat tegas dalam soal rasuah. Sudah banyak kali baginda... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Nazrin yang amat jelas, keras dan pedas semasa melancarkan buku Profesor Tan Sri Mohd Kamal Hassan dua hari lepas.

Memang kita tahu baginda amat tegas dalam soal rasuah.

Sudah banyak kali baginda menyampaikan titah yang menegur mereka yang membuat onar terbabit dalam rasuah.

Rasuah memang macam barah dalam badan kita, "menjalar sedikit demi sedikit, merosakkan satu persatu organ hingga akhirnya melumpuhkannya dan membawa maut”. Jika ia sebuah negara, lambat laun akan binasalah negara itu.

Tuanku juga bertitah bahawa rasuah di negara ini berada pada skala membahayakan.

Baginda mengajak semua pihak untuk memeranginya.

Kita tidak boleh pandang ringan, leka dan cuba menafikannya.

Titah baginda lagi, kita jangan "menidakkan kewujudan gajah rasuah di hadapan mata”.

Bagus sangat peringatan Tuanku. Awang rasa patut sangat titah baginda itu dihadam oleh semua pihak khususnya orang politik.

Buku Profesor Kamal itu pun tentang rasuah dan kemunafikan dalam kalangan pimpinan politik Melayu Islam semasa.

Awang setuju sangat kita tebus maruah bangsa dengan menolak mereka yang rasuah.

Pada waktu yang sama kita kenalah sokong gerakan massa macam #RasuahBusters, selain kukuhkan lagi SPRM agar ia benar-benar bebas.

Klik di sini untuk terus membaca