MAKA riuh rendahlah cerita pasal code name "Merpati” yang dikatakan banduan yang dapat layanan istimewa di Penjara Kajang.
Merpati khabarnya adalah Tuk Seri Bossku Najib. Apabila Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dedahkan hal itu, banyaklah pihak mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Betulkah Penjara Kajang sedang buat ubah suai untuk bilik Bossku? Khabarnya ratusan ribu ringgit digunakan untuk tujuan itu. Sedangkan kos baik pulih untuk semua penjara pun beberapa juta setahun yang diperuntukkan.
Teringatlah Awang kes seorang banduan pada penghujung tahun 1980-an bernama Abdullah Ang. Beliau dikatakan dapat layanan VIP. Khabarnya beliau boleh keluar masuk penjara bila-bila masa.
Wartawan dapat gambar beliau melawat kilangnya dan siar di muka depan akhbar The Malay Mail pada 11 Ogos 1989. Riuh-rendahlah satu Malaysia masa itu.
Awang tak percaya hal yang sama akan berlaku pada Bossku. Ini era media sosial. Jika benar beliau dapat layanan VIP dengan bilik istimewa dan layanan kelas satu tentu cepat viral. Awang percaya pegawai penjara tentu tak berani subahat buat hal-hal seperti itu.
Awang cuma harap beliau dilayan sepertimana Tuk Harun Idris, Tuk Mokhtar Hashim dan Tuk Seri Anwar dilayan. Tak lebih tak kurang. Penjara adalah tempat hukuman, bukan tempat rehat untuk sesiapa.
Klik di sini untuk terus membaca