BAGUS sangatlah Tuk Seri Perdana Menteri cakap bahasa Melayu (BM) di Perhimpunan Agung PBB yang ke-77 baru-baru ini.
Nampak segak benar Tuk PM kita dengan baju Melayunya. Beliau cipta sejarah sebagai PM Malaysia yang pertama berucap dalam BM sejak kita jadi anggota PBB 65 tahun lalu.
Tuk Seri PM nampaknya kotakan janjinya nak cakap BM dalam semua urusan rasmi baik dalam negeri atau di luar negara. Beliau nak martabatkan BM.
Dalam sejarah negara kita yang sudah ada sembilan PM, semua yang lain cakap bahasa Inggeris (BI) di PBB.
Semua PM kita petah BI. Awang percaya Tuk Seri Ismail Sabri pun petah juga. Lagipun beliau graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.
Ada juga yang kata, tak kurang nasionalisnya seseorang bercakap dalam bahasa yang dianggap bahasa antarabangsa. Lagipun BI bahasa diplomatik dunia.
Bukankah bertambah susah nak guna penterjemah dan sebagainya untuk sampaikan mesej kita, jadikan lebih mudah cakap BI?Bagi Awang, yang penting Tuk Seri PM buat sejarah.
Cuma Awang kesal sikit tengok beliau terkial-kial nak buka botol air atau termos sewaktu berucap.
Jangan pula ada yang kena tindakan tatatertib angkara peristiwa itu.
Klik di sini untuk terus membaca