SHAH ALAM - Golongan pekerja B40 dinasihatkan supaya menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan yang mereka terima ke dalam dana kecemasan sebelum diagihkan untuk tujuan pelaburan. Pakar Ekonomi daripada Universiti Sains... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Golongan pekerja B40 dinasihatkan supaya menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan yang mereka terima ke dalam dana kecemasan sebelum diagihkan untuk tujuan pelaburan.

Pakar Ekonomi daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, pelaburan itu penting kerana ia mempunyai pendapatan pasif yang mampu membantu masyarakat terutama pekerja swasta mendepani hari persaraan.

Bagaimanapun, ujar beliau, nilai atau jenis pelaburan itu bergantung kepada kemampuan dan matlamat individu masing-masing.

"Asasnya, mereka perlu mempunyai dana kecemasan. Selepas ada simpanan, mereka kena ada pelaburan.

"Kemudian, mereka perlu menaikkan peratusan simpanan itu kepada 20 peratus atau 30 peratus. Apabila peratusan itu sudah tinggi, baru mereka boleh keluar daripada B40 kerana mereka sudah mempunyai pendapatan pasif,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ulas beliau, orang ramai yang mahu membuat pelaburan juga digalakkan supaya mengikut kitaran hayat pelaburan ditetapkan.

"Pada waktu tersebut, bagi peringkat golongan yang masih muda (umur 20 hingga 30 tahun), mereka masih boleh masuk pelaburan berisiko tinggi kerana mempunyai garis pelaburan yang panjang sebelum mereka pencen.

"Bagi yang peringkat pertengahan ini, mereka mungkin perlu ada keseimbangan antara pendapatan dan ekuiti.

"Sebab itu mereka kena masuk kepada pendapatan tetap. Contohnya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji (TH) di mana pulangannya itu kita boleh agak dalam lima atau empat peratus,” ujar beliau.

Klik di sini untuk terus membaca