SHAH ALAM - Keputusan Kongres Khas DAP 2022 meluluskan pindaan perlembagaan bagi menghalang wakil rakyat daripada melompat parti, Ahad lalu, adalah langkah tepat pada masanya selaras dengan kehendak pengundi di peringkat akar umbi.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Keputusan Kongres Khas DAP 2022 meluluskan pindaan perlembagaan bagi menghalang wakil rakyat daripada melompat parti, Ahad lalu, adalah langkah tepat pada masanya selaras dengan kehendak pengundi di peringkat akar umbi.

Pensyarah Kanan, Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali berkata, langkah DAP berkenaan juga selaras dengan keputusan Parlimen dan Dewan Negara yang meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Akta Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti, selepas dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Julai lalu.

Mazlan berkata, pindaan perlembagaan berkenaan adalah untuk mewujudkan kestabilan politik dan menghalang wakil rakyat DAP daripada melompat parti selepas menang kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti kerana kepentingan tertentu.

Justeru itu, Mazlan melihat tindakan berkenaan akan mengukuhkan sokongan pengundi terutama kaum Cina kepada DAP kerana mereka yakin wakil rakyat diundi pada PRU15 akan terus setia, kekal dan tidak akan melompat ke parti lain.

"Jika wakil rakyat berkenaan melompat parti dan keluar daripada DAP bermakna kerusi disandangnya akan dikosongkan secara automatik sekali gus membolehkan pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan semula bagi memilih semula Ahli Parlimen atau ADUN di kawasan itu.

"Sehubungan itu, saya berpandangan tindakan seumpama itu memang wajar dicontohi parti lain dan saya difahamkan Parti Amanah Negara (Amanah) sudah berbuat demikian menerusi Konvensyen Amanah sebelumnya.

"Ia bererti mana-mana wakil rakyat DAP dan Amanah yang melompat parti selepas selepas ini akan kehilangan kerusi masing-masing jika mengkhianati parti pada masa depan," katanya kepada Sinar Premium, pada Rabu.

DR MAZLAN

Sebelum ini, media melaporkan Kongres Khas DAP 2022, yang berlangsung di Pusat Konvensyen IDEAL di Shah Alam, Selangor, pada Ahad lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti bagi menghalang wakil rakyatnya melompat parti.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dipetik sebagai berkata, pindaan itu mustahak meskipun wujud pandangan bahawa ramai wakil rakyat DAP setia dalam parti, namun pindaan itu tetap perlu dibuat bagi mengelak 'sindrom' katak dalam DAP.

Justeru, Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan tiada maaf bagi wakil rakyat yang bertindak melompat dari parti berkenaan setelah pindaan perlembagaan DAP diluluskan.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, tindakan itu perlu kerana dianggap sebuah organisasi politik yang stabil namun DAP dan Amanah tidak boleh lari dari isu lompat parti, malah sehingga kini terdapat beberapa wakil rakyat mereka sudah menjadi 'katak politik'.

Malah, Mazlan menjelaskan langkah DAP itu adalah lebih baik dan berkesan berbanding kaedah 'baiah' yang praktikan dalam kalangan pemimpin Pas.

Beliau berkata, kaedah 'baiah' itu bergantung kepada pendirian seseorang individu di mana ada dalam kalangan mereka beranggapan akur janji berkenaan boleh ditebus maka wakil rakyat berkenaan boleh melompat parti.

"Bagaimanapun, jika akur janji berkenaan adalah dalam bentuk undang-undang dan dimasukkan ke perlembagaan parti dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan maka sesiapapun jika mereka berbaiah atau tidak tetapi meninggalkan parti maka beliau akan hilang kerusi terbabit," katanya.

CHIN HUAT

PIKAT PENGUNDI

Dalam pada itu, saintis politik dari Sunway University, Profesor Wong Chin Huat menegaskan langkah DAP berbuat demikian tidak bertujuan untuk memikat pengundi Cina sahaja, kerana majoriti rakyat jelata pelbagai kaum memang menolak perbuatan melompat parti.

Bagaimanapun Chin Huat berkata, langkah meminda perlembagaan parti itu juga dilihat berkemungkinan

menyebabkan budaya 'Yes Bos' dalam DAP semakin menebal.

Ini kerana pemimpin yang melawan atau tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan tertinggi berdepan risiko besar untuk dipecat daripada parti sekali gus menyebabkan mereka kehilangan kerusi disandang.

Klik di sini untuk terus membaca