PENJAGAAN paliatif adalah perkhidmatan perubatan yang memberi tumpuan kepada kualiti hidup pesakit sehingga ke hujung nyawa, selepas tiada lagi rawatan khusus untuk penyakit dihidapi. Paliatif menyediakan rawatan secara fizikal bagi... Klik di sini untuk terus membaca

PENJAGAAN paliatif adalah perkhidmatan perubatan yang memberi tumpuan kepada kualiti hidup pesakit sehingga ke hujung nyawa, selepas tiada lagi rawatan khusus untuk penyakit dihidapi.

Paliatif menyediakan rawatan secara fizikal bagi mengurangkan beban kesakitan dan gejala-gejala lain serta sokongan dari segi psikososial dan kerohanian.

Dianggarkan lebih dari 100,000 pesakit tenat dan meninggal setiap tahun di Malaysia memerlukan rawatan paliatif. Jumlah itu dijangka meningkat sehingga 230,000 pada 2030.

Ketika melancarkan Polisi dan Pelan Strategik Penjagaan Paliatif Kebangsaan 2019-2030, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 21 pakar perubatan penjagaan paliatif di Malaysia dengan lima unit pakar.

Dianggarkan 218 pakar lagi diperlukan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat ketika ini.

Ikuti laporan wartawan Sinar Harian mengenai penjagaan paliatif dan kisah pengalaman waris mengenai rawatan tersebut.

Malaysia memerlukan lebih ramai pakar penjagaan paliatif bagi memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup pesakit yang sedang berhadapan dengan penyakit kronik.

Pakar Perunding Perubatan Paliatif dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Sunway, Dr Hayati Yaakup berkata, jumlah pakar yang ada ketika ini tidak mencukupi untuk menampung keperluan pesakit di negara ini.

Malah katanya, permintaan untuk mendapatkan rawatan tersebut juga turut menunjukkan peningkatan sedangkan doktor yang berkelayakan tidak ramai.

"Jumlah pakar ketika ini sedikit sahaja dan kebanyakannya berada di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Seremban.

"Banyak tempat yang masih tidak ada (pakar penjagaan paliatif) sedangkan jumlah pesakit terutamanya pesakit kanser meningkat saban tahun.

"Tidak semua pesakit berada di Kuala Lumpur atau kawasan bandar. Mereka juga perlu kembali ke tempat tinggal misalnya di kampung, tetapi agak sukar untuk mendapatkan sokongan melalui rawatan ini di luar bandar,” katanya.

Tambah beliau, akses pesakit terhadap penjagaan paliatif sangat kurang terutamanya di kawasan luar bandar disebabkan sistem kesihatan negara lebih tertumpu kepada bandar dan hospital besar.

"Klinik kesihatan kecil tidak mempunyai kakitangan yang layak untuk membantu menjaga pesakit di rumah. Itu kekurangan kita,” ujarnya.

Jelas Dr Hayati, penjagaan tersebut tidak hanya melibatkan pesakit, tetapi juga termasuk aspek penjaga, jenis penyakit, masalah dihadapi mereka dan juga dari segi kewangan.

"Kita jaga semua aspek pesakit, bukan satu perkara sahaja diambil kira. Contohnya, kita juga kena jaga makan, minum, simptom dan keluarga mereka. Kalau penjaga sakit, siapa pula yang nak menjaga pesakit?” soal beliau.

Keperluan bagi menambah jumlah program latihan untuk doktor dan jururawat dalam bidang tersebut pernah disuarakan oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada tahun 2019.

Sementara Dr Dzulkefly berkata, keperluan penjagaan paliatif amat penting di Malaysia.

"Lebih ramai pakar dalam bidang ini diperlukan untuk meningkatkan integrasi perkhidmatan penjagaan paliatif agar ia selari dengan sistem penjagaan kesihatan semasa,” jelas beliau.

Penjagaan paliatif adalah perkhidmatan perubatan yang memberi tumpuan kepada kualiti hidup pesakit sehingga ke hujung nyawa, selepas tiada lagi rawatan khusus untuk penyakit dihidapi.

Paliatif menyediakan rawatan secara fizikal bagi mengurangkan beban kesakitan dan gejala-gejala lain serta sokongan dari segi psikososial dan kerohanian.

Dianggarkan lebih dari 100,000 pesakit tenat dan meninggal setiap tahun di Malaysia memerlukan rawatan paliatif. Jumlah itu dijangka meningkat sehingga 230,000 pada 2030.

Ketika melancarkan Polisi dan Pelan Strategik Penjagaan Paliatif Kebangsaan 2019-2030, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 21 pakar perubatan penjagaan paliatif di Malaysia dengan lima unit pakar.

Dianggarkan 218 pakar lagi diperlukan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat ketika ini.

Ikuti laporan wartawan Sinar Harian mengenai penjagaan paliatif dan kisah pengalaman waris mengenai rawatan tersebut.

Klik di sini untuk terus membaca