SHAH ALAM - Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 54, menafikan beliau ada kena mengena dengan projek skim Rumahku Syurgaku yang dianjurkan oleh sebuah syarikat hartanah. Memetik laporan Astro Gempak, Noraniza... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 54, menafikan beliau ada kena mengena dengan projek skim Rumahku Syurgaku yang dianjurkan oleh sebuah syarikat hartanah.

Memetik laporan Astro Gempak, Noraniza atau lebih popular disapa Kak Ani berkata, dia tidak dilantik secara rasmi sebagai duta projek berkenaan kerana tiada sebarang perjanjian antara pihaknya dan syarikat pemaju itu.

"Kami bertemu sekitar Ramadan lalu dalam sebuah majlis buka puasa. Saya diperkenalkan oleh rakan kongsi dengan individu daripada syarikat itu yang berminat untuk mempelawa saya menjadi duta program kebajikan."Saya terbuka hati untuk menerima pelawaan itu secara lisan memandangkan saya aktif dalam kerja-kerja kebajikan.

Hasrat saya cuma nak bantu rakan-rakan artis veteran yang tiada rumah dan dalam kesusahan,” katanya pada sidang media khas di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain itu, Noraniza mengatakan dirinya menjadi mangsa keadaan lantaran perkenalan itu dibuat oleh rakan kongsinya.

"Selepas isu ini tular, saya yang berusaha mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak pemaju itu bagaimanapun ‘digugurkan’ daripada ‘perjanjian’ tersebut,” katanya.

Tambah penyanyi itu lagi, dia turut mengingatkan selebriti yang berminat dengan projek tersebut supaya mendapatkan maklumat terperinci supaya tidak ada perkara berbangkit di kemudian hari.

"Saya juga berpesan kepada mereka supaya tidak membayar melebihi RM10 kerana wang tersebut akan disalurkan ke akaun peribadi pihak terbabit,” ujarnya.

Sebelum ini, pemaju hartanah yang memperkenalkan skim Rumahku Syurgaku telah menawarkan rumah berharga RM500,000 kepada penggiat seni atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Noraniza kemudiannya ditampilkan sebagai duta Pelancongan Seni dan Budaya serta Pemegang Amanah menerusi skim yang disebut khidmat sosial amal jariah membantu ummah.

Mengikut perjanjian, penggiat seni hanya perlu membayar RM10, RM100 atau RM10,000 untuk mendapat kediaman berharga RM500,000-RM1 juta.

Sebelum ini, aktivis wanita dan masyarakat, Mona Din menggesa pihak berkuasa menyiasat tindakan syarikat berkenaan, sama ada ia benar-benar tawaran tulen atau ada unsur penipuan.

Klik di sini untuk terus membaca