SHAH ALAM - Pusat Kajian ILHAM Centre menggunakan kaedah kutipan data secara rawak berstrata dengan menjadikan buku daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai rujukan bagi menentukan sasaran sampel kaji selidik Suara... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pusat Kajian ILHAM Centre menggunakan kaedah kutipan data secara rawak berstrata dengan menjadikan buku daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai rujukan bagi menentukan sasaran sampel kaji selidik Suara Rakyat Malaysia Menuju PRU15.

Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar berkata, mereka juga memilih melaksanakan kaji selidik secara bersemuka mengambil kira tumpuan ILHAM Centre yang lebih kepada bagaimana memahami psikografi pengundi Melayu.

Justeru katanya, bagi mendapatkan bacaan yang tepat, rawak berstrata perlu disusun mengikut demografi penduduk mengikut zon-zon yang ditentukan.

"Kalau nak mewakili Semenanjung Malaysia, kami bahagikan kepada empat zon iaitu utara, tengah, selatan dan pantai timur. Ini kerana mereka yang berada dalam zon-zon ini mempunyai budaya yang hampir sama jadi kita kelompokkan mereka dalam zon tertentu.

"Jadi persampelan itu merujuk kepada demografi penduduk yang hendak dikaji daripada segi jantina, pekerjaan dan sebagainya.

"Data diambil mengikut strata diikuti oleh penyelidik dengan disiplin yang tinggi supaya dia boleh mewakili. Kalau kita kutip bercanggah dengan strata yang ditetapkan, sudah tentu ia akan menyebabkan sampel yang kita ambil itu tidak mewakili," katanya ketika menjadi panelis dalam Program Sinar Live ‘Suara Rakyat Malaysia Menuju PRU15’ disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Khamis.

Progam dikendalikan oleh Hazwan Mokhtar dan Fahiz Ariff itu turut menampilkan Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi dan Pengerusi Pusat Kajian Sosial & Polisi, Tun Tan Cheng Lock, UTAR, Profesor Madya Dr. Chin Yee Mun sebagai panelis.

Suara Rakyat Malaysia Menuju PRU15 merupakan kaji selidik yang dijalankan oleh ILHAM Centre, O2 Research dan Centre for Malaysian Chinese Studies dengan kerjasama lima organisasi media iaitu Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star, Astro AWANI dan Malaysia Nanban bermula pada 19 September hingga 9 Oktober depan.

Mengulas lanjut, Hisommudin berkata berdasarkan maklum balas di lapangan, rakyat kini mahukan hala tuju negara yang lebih jelas dan undi mereka tidak mudah dibeli dengan gula-gula.

"Kita perlu lihat kesedaran yang dimiliki rakyat. Jangan memandang rendah keupayaan intelektual rakyat yang mereka ini boleh dibeli dengan gula-gula.

"Bagi saya dalam keadaan ini mereka mainkan peranan dan saya harapkan melalui kajian ini rakyat dapat melihat suara mereka diangkat," jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca