AWANG hargai pandangan Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bimbang tentang situasi rasuah di Pulau Pinang. Kebetulan beliau bercakap di Radio RTM Pulau Pinang, tentulah beliau ditanyakan tentang... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG hargai pandangan Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bimbang tentang situasi rasuah di Pulau Pinang.

Kebetulan beliau bercakap di Radio RTM Pulau Pinang, tentulah beliau ditanyakan tentang keadaan di pulau itu.

Awang percaya keadaan di negeri-negeri lain juga membimbangkan. Banyak orang percaya rasuah sudah jadi satu pandemik masa ini. Di mana-mana orang cakap pasal rasuah.

Lepas satu, satu skandal besar libatkan orang politik dan orang perniagaan. Banyak kes rasuah berprofil tinggi sedang dibicarakan sekarang.

Awang harap SPRM teruskan usaha siasat mereka yang terlibat menerima habuan dalam kes 1MDB, baik secara langsung atau tidak langsung.

Baik mereka yang terima daripada syarikat ada kaitan dengan Jho Low atau daripada Jho Low sendiri.

Biarlah isu 1MDB ini dibersihkan terus, jangan ditangguh-tangguh lagi siasatan atau pendakwaan.

Banyak juga yang nak tahu status siasatan kes kapal tempur pesisir (LCS) yang gemparkan negara itu.

Apakah menteri-menteri terbabit atau isteri mereka yang turut didedahkan telah disiasat?

Awang memang sokong tindakan ke atas mereka dalam perkhidmatan awam.

Tapi mereka bertaraf bilis berbanding dengan orang-orang ternama dan berpengaruh yang babitkan ratusan juta duit rakyat. Itu baru jerung sebenar.

Klik di sini untuk terus membaca