AWANG teruja sangat baca kenyataan Tuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin akan bertanding di kawasan 'pengkhianat'. Yang segera terbayang pada mata Awang dan banyak orang lain tentulah Parlimen Gombak yang disandang oleh Tuk... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG teruja sangat baca kenyataan Tuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin akan bertanding di kawasan 'pengkhianat'.

Yang segera terbayang pada mata Awang dan banyak orang lain tentulah Parlimen Gombak yang disandang oleh Tuk Seri Azmin Ali.

Azmin dikatakan salah seorang dalang dalam Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sebetulnya ramai 'pengkhianat' dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR hilang 11 kerusi Parlimen akibat pengkhianatan itu.

Selain Azmin, Tuk Zuraidah (Ampang), Tuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak) adalah antara ahli Parlimen yang lompat daripada PKR.

Mungkin Anwar nak 'ajar' Azmin dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Atau nak hantar mesej mengajar sesiapa yang berpaling tadah.

Ada yang kata Azmin masih kuat di Gombak. Dia bina tapak sokongan yang kental di situ. Ada yang kata, kedudukannya dah goyang masa ini.

Jadi kalau betul Anwar tinggalkan Port Dickson dan lawan Azmin di Gombak, tentulah menarik. Azmin dulu orang kuat Anwar, sekarang musuh ketat.

Kamaruddin Jaafar dulu ketua pasukan pemikir Anwar, orang kanan beliau, tapi berpaling tadah juga. Begitulah dalam politik, tak ada kawan atau musuh yang kekal.

Klik di sini untuk terus membaca