SHAH ALAM - Golongan mahasiswa di negara ini mahukan jaminan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan agar masalah pengangguran dalam kalangan graduan dapat dikurangkan. Presiden Persatuan Alumni Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Golongan mahasiswa di negara ini mahukan jaminan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan agar masalah pengangguran dalam kalangan graduan dapat dikurangkan.

Presiden Persatuan Alumni Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, kerajaan juga perlu memfokuskan usaha ke arah meningkatkan kadar gaji minimum terutamanya kepada golongan graduan.

"Dua perkara ini adalah isu utama yang membelenggu mereka, khususnya jaminan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

"Ia menjadi kebimbangan utama kami, dengan banyaknya kadar pengangguran dan negara masih dalam fasa pemulihan pandemik, tentunya memberikan kesan yang sangat besar,” katanya kepada Sinar Harian.

Penuntut Sarjana Sosiologi Politik di Universiti Sains Malaysia itu menambah, mahasiswa juga mahukan lebih banyak inisiatif yang melibatkan kebajikan golongan berkenaan.

Jelasnya, antara langkah yang boleh diambil adalah mengembalikan semula bantuan one-off (sekali beri) bagi meringankan beban pelajar.

"Pengumuman kerajaan untuk menaikkan kadar pinjaman PTPTN kepada golongan M40 (M1) daripada 75 peratus kepada 100 peratus baru-baru ini juga adalah salah satu langkah baik dalam membantu mahasiswa,'' ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca