SHAH ALAM - Tidak mustahil tol dan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan B40 boleh dimansuhkan, namun idea itu dilihat akan menghadapi banyak cabaran untuk dilaksanakan. Penganalisis ekonomi, Dr... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Tidak mustahil tol dan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan B40 boleh dimansuhkan, namun idea itu dilihat akan menghadapi banyak cabaran untuk dilaksanakan.

Penganalisis ekonomi, Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, ia berikutan projek tol melibatkan banyak pihak termasuk bagi yang mempunyai kepentingan dengan konsesi tol tersebut.

"Walaupun begitu, tol yang telah lama beroperasi, sewajarnya dihapuskan kadar bayaran tersebut kerana ia amat membebankan rakyat.

"Pemansuhan ini bagaimanapun sedikit sebanyak akan menjejaskan kewangan negara, namun saya percaya mereka sudah mempunyai sumber alternatif lain bagi menggantikan pendapatan yang hilang daripada penghapusan tol-tol terpilih,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Pada Ahad, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenal pasti 36 dasar yang perlu diberi keutamaan dalam usaha mewujudkan Malaysia yang lebih baik, termasuk memansuhkan bayaran tol dan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), khusus untuk golongan B40.

RINTANGAN KEWANGAN

Semua cadangan dasar itu dimasukkan dalam SCRIPT: For a Better Malaysia, buku yang mengetengahkan visi dan kerangka dasar yang menjadi matlamat Anwar untuk mentransformasikan Malaysia.

Dr Mohd Faisol

Dalam pada itu, Mohd Faisol berkata, PTPTN wajar dimansuhkan dan diganti dengan sistem pinjaman pendidikan yang pernah dilakukan pada tahun 1990-an, di mana kaedah itu berdasarkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dan mempunyai kadar caj peratusan bayaran balik rendah dari nilai asal.

"Ini sangat meringankan beban pelajar. Jika ia berjaya dilaksanakan, akan memberi kelegaan kepada ratusan ribu pelajar universiti,” ujarnya.

Tegas Mohd Faisol lagi, sejumlah 36 dasar yang diperkenalkan oleh Anwar dalam buku tersebut merupakan perancangan idea positif sekiranya mampu diterjemahkan melalui pelaksanaan yang penuh berintegriti serta bijaksana.

"Dasar yang ingin diperkenalkan akan menghadapi cabaran dan rintangan dari sudut kekuatan kewangan negara dan ekonomi dunia yang tidak menentu.

"Selain itu, keutamaan golongan B40 dan M40 diberi perhatian dalam mewujudkan masyarakat sejahtera,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca